Janna Nick mohon maaf, sekali netizen ugvt bvnvh. ini yang akan terjadi

Kuala Lumpur: Pelakon dan pengacara popular, Janna Nick memohon maaf kepada pihak yang terasa hati dan tergur1is dengan kontroversi dia didakwa mempersenda anggota kumpulan popular Korea Selatan, BLACKPINK iaitu Lisa Manoban dengan nama Lisa BLACKP1IG di Instagram, baru-baru ini.

Janna dalam sidang media khas secara virtual hari ini berkata, dia tidak memaksudkannya dan memohon maaf terhadap perkara itu.

“Saya mengambil tanggungjawab ini untuk meminta maaf dengan seikhlas hati andainya terguris hati mana-mana pihak dengan kapsyen yang sudah dimuat naik itu,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu, peguam mewakili Janna, Ben Syazmin dari Tetuan Tan Norizan & Associates yang memberi penjelasan terhadap isu tular berkenaan serta tindakan undang-undang yang bakal diambil pelakon itu.

Ben berkata, lap0ran polis sudah dibuat termasuk aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung perkara itu yang masih lagi dalam s1iasatan lanjut.

“Anak guam saya (Janna Nick) akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap individu yang menularkan semula video mendakwa dia mempersenda kem4tian seorang bintang K-Pop pada 2017 lalu.

“Sebelum ini, Janna juga sudah memberi penjelasan dan memohon maaf mengenainya, namun ditularkan semula di media sosial sehingga anak guam saya menerima pelbagai kec4man.

“Menerusi insiden berlaku ini, Janna menerima beberapa ugvtan jen4yah, ugvtan bvnvh, f1itnah dan dakwaan p4lsu yang memerlukan tindakan serius diambil untuk keselamatan,” katanya.

Bagaimanapun, Janna dan peguamnya enggan mengulas lanjut kerana kes terbabit masih dalam 1siasatan dan dikategori atas ugvtan jen4yah.

Isnin lalu, Janna dalam kenyataannya menjelaskan sudah membuat laporan polis dan SKMM serta bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melemparkan f1itnah, ugvtan dan komen keterlaluan terhadapnya.

Janna turut menafikan dia menggelar atau menyamakan Lisa BLACKPINK sebagai Lisa BLACKP1IG.

“Berkenaan tohmahan yang kononnya saya menyamakan atau menggelar Lisa Manoban sebagai Lisa BLACKPI1G adalah terpesong sama sekali. Sebagai seorang individu yang juga meminati budaya Korea Selatan dari segi industri hiburan, budaya, fesyen, makanan, teknologi, kecantikan dan pelancongan, tohm4han terhadap saya adalah sangat tidak berasas,” katanya.

Selain itu, Janna menjelaskan dia tidak pernah sama sekali mempersenda kem4tian penyanyi Korea Selatan, Kim Jong-hyun pada 2017.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hmetro.com.my/rap/2021/02/678183/janna-nick-mohon-maaf-netizen-ugut-bunuh-bakal-diseret-ke-mahkamah

Be the first to comment on "Janna Nick mohon maaf, sekali netizen ugvt bvnvh. ini yang akan terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*