“Jika Jaga Tertib, Makan Tak Berdiri, Hospital Tak Penuh” – Tervk Dikec4m, Sekali Zul Yahya Perjelas Maksud Kebaikan Amalan Sunnah

Bekas pelakon Zul Yahya tampil menjelaskan isu berkaitan amalan sunnah yang menjadi perdebatan ramai ketika ini.

Menerusi Instagram Live sebentar tadi, Zul memberi tahu, kehidupan kita yang tidak sihat banyak berpunca daripada makanan.

Menurutnya, jika amalan harian termasuk makanan dijaga, maka hospital pasti tidak akan penuh.

“Hidup kita banyak yang tak sihat daripada pemakanan.

“Cara hidup kita, kalau amalan jaga hospital takkan penuh. Sekarang kalau pergi pasar raya tak seramai di hospital.

“Sejak zaman bukan C0vld lagi,” katanya.

Tambahnya, andai kesemua sunnah diamalkan serta pemakanan dijaga, Insya-Allah doktor pun boleh rehat.

“Jika kita jaga, hidup amalan sunnah, makan dengan tertib, bukan berjalan sambil makan, Insya-Allah.

“Tengok berapa ramai orang ambik berat tentang ini. Benda ini kecil bagi kita tapi besar impaknya.

“Pemakanan kena jaga jangan main tibai,” katanya.

Terdahulu, Zul mencetuskan perdebatan ramai mengenai tindakan memberhentikan anak sekolah demi beri pendidikan agama, kini muncul pula isu vaksin.

Pelakon itu kemudian kembali menjadi topik ‘hangat apabila mendakwa orang ramai tidak yakin dengan makanan sunnnah seperti habbatus sauda dan madu.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Jika Jaga Tertib, Makan Tak Berdiri, Hospital Tak Penuh” – Tervk Dikec4m, Sekali Zul Yahya Perjelas Maksud Kebaikan Amalan Sunnah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*