Netizen D4kwa Layanan Doktor Kasar Masa ‘Sw4b Test’, Ini Komen Ruhainies

Pelakon Ruhainies, 29, akui berasa takut dan tidak senang duduk apabila terpaksa melakukan ujian calitan atau sw4b test.

Menepis perasaan itu, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas tetap menjalankan tanggungjawabnya demi keselamatan diri dan orang di sekeliling.

“Ini dia video swab test saya siang tadi. Bukti yang menunjukkan saya pun berani okay buat sw4b test.

“Sampai gementar tangan dengan kaki. Tapi takpa, ini pun untuk keselamatan diri sendiri dan orang lain.

“Saya fikir takda kontak rapat, duduk rumah diam-diam tak keluar boleh selamat dah tak payah swab test hahaha. Takut punya pasal.

“Tapi dah nak mula masuk set penggambaran untuk kerja, kena jugak buat. Aduh!” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @ruhainies7

Menerusi Instagram (IG) miliknya, adik kepada aktres Risteena ini memaklumkan dia perlu menjalani ujian saringan sebagai syarat utama sebelum memulakan penggambaran.

Dalam pada itu, pelakon drama Menantu Ting Tong melahirkan rasa syukur apabila keputusan ujian yang diperoleh adalah negatif.

“Balik rumah baru terfikir kenapa tak sumbat saja batang test tu dalam hidung sendiri. Mesti tak setakut ni. Oh tak boleh ka..

“Alhamdulillah, keputusan saya adalah negatif,” tulisnya lagi.

Walaubagaimanapun, situasi dalam video itu telah menjadi topik netizen apabila mendakwa layanan yang diberi kakitangan perubatan itu terlampau kasar.

Namun, Ruhainies tampil mempertahankan frontliner yang bertugas dengan menyalahkan diri sendiri yang tak duduk diam ketika ujian dijalankan.

“@aqieylahhh: Nanti mesti ada orang pertikaikan cara doktor tu buat swab test dan ada sesi kec4m mengec4m.

“@ruhainies7: Haha jangan la. Sebab saya yang tak duduk tak diam. Dia kena laju sebelum tiba-tiba saya bangun dan balik.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Netizen D4kwa Layanan Doktor Kasar Masa ‘Sw4b Test’, Ini Komen Ruhainies"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*