“Aura Fatima Lain Macam…”, Anak Fazura Dan Fatah Amin Curi Perhatian

Baru sahaja sebulan lalu pasangan popular Fazura dan Fattah Amin mendedahkan wajah cahayamata pertama mereka, Nur Fatima Aisya. Usia si comel ini juga baru sahaja beberapa bulan, namun gelagat dan wajah Fatima ini telah menerima pujian ramai.

Mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, rupa paras anak kecil ini saling tidak tumpah seperti ibunya yang juga pelakon jelita, Fazura. Lihat sahaja beberapa perkongsian puteri kesayangan Fazura dan Fattah Amin menerusi laman Instagram, tak jemu mata memandang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fattah Fazura (@fattzuralovelife)

Fatima yang dilahirkan selepas tiga tahun pasangan selebriti dan usahawan ini berkahwin, pastinya menjadi kesayangan keluarga dan peminat kepada Fazura dan Fattah Amin. Apatah lagi, baru-baru ini satu video yang memaparkan telatah Fatima yang seakan faham apabila Fazura memanggil namanya.

Berikut adalah perkongsian video pendek telatah comel Fatima ini yang dikongsikan menerusi laman Instagram bapanya, Fattah Amin:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Perkongsian foto ini membuatkan ada yang memuji kecomelan anak kepada pasangan selebriti tersebut. Malah ada juga yang berpendapat aura Fatima ini cukup menarik. Perkongsian tersebut telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 100 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Comel sangat laa Fatima ni”

aura fatima 3

“Comeynyaaa..Lengan ketul-ketul erkk..Geramnyaaa”

aura fatima 2

“Aura Fatima lain macam tak puas tengok dia”

aura fatima 1Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment on "“Aura Fatima Lain Macam…”, Anak Fazura Dan Fatah Amin Curi Perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*