Ketika membesar adalah waktu dimana kanak-kanak berseronok dan banyak meluangkan masa untuk bermain bersama kawan-kawan. Namun begitu, sudah pastinya pembelajaran juga tidak harus diabaikan. Ada masa kerja sekolah juga mesti diselesaikan.
Walau bagaimanapun, baru-baru ini telatah seorang kanak-kanak yang keletih4n membuat kerja sekolah telah mencuri perhatian ramai. Dalam foto yang dikongsikan itu kelihatan budak lelaki tertidur dengan mukanya berbekas bentuk cicak di pipi.
Menerusi laporan sebuah portal, perkongsian di Twitter dengan dua foto kanak-kanak lelaki yang baru terjaga dari tidur serta cicak di atas buku itu telah membuatkan ramai tertarik. Difahamkan kejadian itu berlaku di Taiwan dan menerusi ruangan kapsyen, pemilik Twitter itu menulis:
“Tidak jadi masalah kalau tertidur atas kerja sekolah, tapi jangan lah sampai tertidur atas cicak m4ti”
Berikut adalah perkongsian dari satu pengguna akaun Twitter ini:
Perkongsian ini telah meraih lebih 4,900 retweets dan 6,600 likes. Rata-rata warganet terhibur dan meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian budak tertidur masa buat kerja sekolah ini di ruangan komen seperti berikut:
“Harimau m4ti meninggalkan belang, cicak m4ti meninggal cop di pipi”
“Tak click translate lagi aku gelak dah”
“Dah kena hempap sampai berbekas pipi budak tu…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : HCL
Be the first to comment on "Budak Tertidur Masa Buat Kerja Sekolah, Siap Berbekas Muka Dengan Cicak!"