Isteri Selalu Tengok ‘Runningman’ Masa Mengandung, Anak Keluar Rupa Korea

Sebut je pasal Runningman, mesti ramai yang tahu rancangan Korea yang cukup popular ini kan. Boleh katakan ramai juga rakyat Malaysia yang tengok Runningman sejak ia bermula tahun 2010. Bukan saja Malaysia, rancangan ini mempunyai peminat yang sangat ramai di seluruh dunia.

Gara-gara terlalu suka tengok Runningman, suami ini memberitahu isterinya terkenan dengan wajah Korea sehinggakan anaknya yang lahir juga persis orang Korea. Lelaki ini mendedahkan isterinya menonton rancangan ini setiap hari sepanjang kehamilannya.

@bapaknsuami0rang

Reply to @mutyaulfanurdin

♬ original sound – Bapak&SuamiOrang

@bapaknsuami0rang

❤️❤️❤️❤️ off topic

♬ Terpesona (feat. Bulan) – Gustixa

Anak keduanya ini memiliki mata yang sepet dan kulit yang cerah sama seperti orang Korea. Mungkin betul lah apa yang selalu orang-orang tua katakan. Wanita hamil digalakkan tengok benda-benda yang baik supaya nanti terkenan pada anak dalam kandungan. Bukan saja anak keduanya, malah anak pertamanya juga mempunyai iras wajah orang Korea.

Kalau anda nak tahu, anak keduanya ini juga selalu disamakan dengan anak kepada seorang pelakon Korea Selatan iaitu Lee Mido. Berdasarkan gambar-gambar yang dikongsikan ini, memang kedua-duanya mempunyai wajah yang seakan-akan sama!

@bapaknsuami0rang

##LeeMinDo sama ke? 🤣😜❤️❤️❤️

♬ I Get So Weak – larissalambert

Netizen turut tidak terlepas memberikan komen mereka di mana ramai yang terhibur dengan penjelasan lelaki ini. Ramai juga yang berminat mahu melakukan perkara yang sama semasa mengandung nanti. Ada juga yang berkongsikan pengalaman mereka semasa mengandung dahulu.

“Untuk bakal suami saya, nanti kalau saya pregnant jangan jeles kalau saya asyik tengok Cha Eun Woo. Ini demi masa depan anak kita.”

tengok runningman

“Yep, betul weh. Kakak sedara aku masa dia pregnant anak first, dia selalu mimpi orang arab. Lepas bersalin dia baru tahu laki tu model arab.”

korea

“Sama macam saya, masa pregnant anak pertama suka tengok the return of superman. Masa pregnant anak no 2 suka tengok drama yang ada Lee Jongsuk berlakon.”

tik tok

Terhibur juga tengok komen masing-masing ni. Jadi lepas ni perempuan mengandung boleh lah take note tengok benda-benda yang indah semasa mengandung nanti. Mana lah tahu terkenan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Isteri Selalu Tengok ‘Runningman’ Masa Mengandung, Anak Keluar Rupa Korea"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*