“M4hu Baby Perempuan..” Issey Ded4h Isteri H4mil 4 Bulan

 

Kehadiran cahaya mata baru dalam hidup pasangan suami isteri tentu menjadi penyeri rumah tangga yang dibina. Begitulah yang dirasakan oleh penyampai radio terkenal ini bersama isteri.

Baru-baru ini, penyampai radio Suria FM, Issey mengesahkan isterinya Noor Aimi Jamel, 34, kini hamil cahaya mata sulung mereka berdua dan usia kandungan sudah memasuki bulan keempat.

Pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai.

“Memang kami ambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan. 
“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami,” jelas Issey kepada pihak mStar.

Dalam pada itu, lelaki berusia 34 tahun itu mendedahkan hasratnya ingin dikurniakan bayi perempuan supaya anak hasil perkahwinan pertama isteri Issey, iaitu Humairah mempunyai kawan untuk bermain bersama.

Issey turut berkongsi berita itu menerusi sebuah video di laman YouTube Geng Issey yang turut disertai Aimi dan dua anak mereka yang lain.

Issey diijabkabulkan buat kali kedua dengan Aimi yang juga merupakan seorang ibu tunggal di Kota Bharu, Kelantan pada 22 Disember 2019. Mereka memiliki tiga orang cahaya mata di mana ketiga-tiganya dari hasil perkahwinan pertama isterinya itu.

Sebelum ini Issey pernah berkahwin namun, dia dan bekas isteri berpisah setahun kemudian dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sumber: mStar (Juliana Johar), YouTube Issey

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.motifviral.dnqj.my/2021/02/27/m4hu-baby-perempuan-issey-ded4h-isteri-h4mil-4-bulan/

 

Be the first to comment on "“M4hu Baby Perempuan..” Issey Ded4h Isteri H4mil 4 Bulan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*