Pertama Kali Digandingkan Bersama, Ini Reaksi Nora Danish Dan Naqiu

Bagi seorang pelakon, chemistry itu sangat diperlukan bagi menghidupkan watak lakonan yang dibawakan dan tidak must4hil dengan adanya chemistry itu, lakonan tersebut akan menjadi lebih ‘hidup’.

Pertama kali bekerjasama dalam sebuah drama tempatan membuatkan pelakon Nora Danish berasa selesa apabila digandingkan bersama dengan Naqiu atau lebih dikenali sebagai Naqiu Boboy.

Drama tersebut menampilkan Nora dan Naqiu sebagai pelakon utama seterusnya bertanggungjawab untuk menghidupkan drama berkenaan.

Naqiu yang juga merupakan seorang penyanyi itu nampaknya sudah dapat membiasakan diri di hadapan lensa kamera kerana ini merupakan drama kedua lakonannya sepanjang karier bergelar anak seni.

Video behind the scene yang dimuat naik oleh Nora itu turut memperlihatkan sisi lain Naqiu yang merupakan seorang yang ceria dan happy-go-lucky.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Nampaknya Naqiu kelihatan sering terlupa skrip, maklum lah mungkin nervous bila berlakon dengan Nora kan?

Ramai terhibur melihat aksi comel kedua-dua pelakon itu dan akui mengakui bahawa Nora dan Naqiu merupakan gandingan yang sesuai.

Not bad juga Naqiu berlakon kan? Lepas ni boleh la masuk bertanding untuk anugerah pelakon kan?

Sumber foto dan video: Instagram Nora Danish

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hotfm

Be the first to comment on "Pertama Kali Digandingkan Bersama, Ini Reaksi Nora Danish Dan Naqiu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*