Riena Diana mula ambil tahu isu semasa semata-mata nak jadi bijak di radio – “Sebelum ni saya kurang membaca”

PELAKON Riena Diana berkata dia teruja memulakan tugas sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bagi melengkapkan trio Geng Pagi Hot bersama Fizi dan Mark Adam.

Bagaimanapun Riena yang terkenal menerusi watak Lailer dalam drama Kampung People berkata masih banyak yang perlu dipelajari terutama dalam membiasakan diri untuk ambil tahu tentang isu semasa.

”Saya masih lagi dalam proses nak catch up dan ambil tahu isu semasa.

“Sebelum ini saya kurang membaca, jadi sekarang kena baca buku… tengok news untuk nampak bijak, ” katanya kepada mStar.

Riena memulakan tugas sebagai penyampai radio pada 24 Februari lalu

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Riena Diana mula ambil tahu isu semasa semata-mata nak jadi bijak di radio – “Sebelum ni saya kurang membaca”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*