Video “makhluk g4njil” sediakan makanan untuk tuannya jadi perhatian

Ramai yang terfikirkan pelbagai idea luar biasa dan memulakan hobi-hobi pelik sepanjang kuarantin untuk menghilangkan kebosanan duduk di rumah.

Namun idea dari seorang pengguna TikTok ini adalah sesuatu yang tidak mungkin dapat difikirkan oleh orang lain apabila dia memutuskan untuk ‘mencipta’ cef peribadinya sendiri.

Apa yang menarik tentang cef peribadi individu atas nama soggy_nugget itu adalah penampilan dan perwatakkannya yang menakutkan.

@_soggy_nugget_

Who wants eggs? 🍳 ##demon ##egg ##cooking ##chef ##meme ##funny ##skit ##cryptid ##soggy

♬ original sound – Soggy_nugget

@_soggy_nugget_

 

Mampu mencabar kehebatan Gordon Ramsay sendiri, cef dalam bentuk m4khluk g4njil itu memakai topeng yang menakutkan, berjalan menggunakan kaki besi dan menggunakan penyepit sampah sebagai tangan.

Dia juga memakai apron dan berjalan dengan pergerakan yang p3lik sambil membuat bunyi blsing seperti dalam kesak1tan.

Dikenali sebagai ‘Demon Chef’, ciptaan p3lik individu berkenaan telah menarik perhatian ramai di TikTok di mana netizen rasa ser4m dan terhibur dalam pada masa yang sama melihat gelagat m4khluk tersebut.

Dalam salah satu klip yang tular, Demon Chef dilihat memasak telur untuk tuannya dan berjaya melakukannya dengan sempurna walaupun dia kelihatan tidak begitu mahir memecahkan telur.

Dia juga mampu menyediakan roti b4kar dengan mentega walaupun menggunakan penyepit s4mpah sebagai tangan.

@_soggy_nugget_

What should he cook next?? 👨‍🍳 #littlechef #cook #demon #cooking #meme #food #yummy #tallboi

♬ original sound – Soggy_nugget

 

Di akhir setiap video, pengguna TikTok itu mengucapkan terima kasih kepada cef peribadinya itu untuk makanan yang disediakannya.

Sementara itu netizen juga mengakui makhluk itu men4kutkan tetapi akan terus menonton gelagatnya.

SumberTikTok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HCL 

Be the first to comment on "Video “makhluk g4njil” sediakan makanan untuk tuannya jadi perhatian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*