‘Adik Pergi Sekolah, Abang Yang Nangis’

 

 

Kini Trending

Sekadar Gambar Hiasan

Semalam, merupakan hari pertama sesi persekolahan secara bersemuka diadakan pada tahun 2021. Jika dilihat, saban tahun sudah pastinya terdapat kes di mana murid-murid darjah satu akan membuat ‘hal’ semasa hari pertama mereka di sekolah.

Menerusi status yang dimuat naik oleh seorang ibu dikenali sebagai Rifana, di Kumpulan Sepahkan Apa Hari Ini? tampil menceritakan situasi berbeza yang berlaku apabila anaknya mula bersekolah.

Foto: Rifana

Menerusi dua keping foto yang dikongsi, dapat dilihat reaksi abang yang ‘seb4k’ apabila adiknya sudah mula menjejakkan kaki ke sekolah. Jelas si ibu, anak perempuannya begitu bersemangat ke sekolah dan sama sekali tidak men4ngis seperti murid-murid yang lain.

Kisah geng hvru hara ibu. Hari ini adik start sekolah. Adik hati kental tak n4ngis pon. Tapi abangnya pula hati tisu. Men4ngis bila tengok adik masuk sekolah.

Apa yang lebih melucukan, apabila si abang bertanyakan bila adiknya akan tamat waktu persekolah. Bahkan, si abang sempat juga melvahkan rasa sunyi kerana ketiadaan si adik di sisi.

Sampai rumah abang terus tanya ‘Ibu adik habis sekolah pukul berapa? Haikal sunyila’. Masa amik adik tak sampai 5 minit mereka buatla hvru hara seperti biasa bergadvh sesama sendiri.

Namun, kerinduan si abang terhadap si adik tidak berkekalan lama apabila mereka kembali bergadvh sesama mereka.

Perkongsian tersebut telah meraih ratusan komen daripada netizen yang rata-rata geli hati melihat telatah adik beradik ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memuji tindakan anak lelakinya yang disifatkan sebagai penyayang dan mampu menjaga adiknya dengan sebaik mungkin.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : OB

Be the first to comment on "‘Adik Pergi Sekolah, Abang Yang Nangis’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*