Ada Adegan B0gel, Raja Ilya T0lak Tawaran Berlakon Siri Netflix

Selepas pelakon Nadia Brian, seorang lagi pelakon Malaysia ber4gama Islam iaitu Raja Ilya pula terp4ksa men0lak tawaran berlakon untuk siri Netflix kerana memerlukan dia berb0gel.

Ilya yang kini menetap di Perth, Australia berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak menerima tawaran berlakon yang tidak sesuai dengan kehendaknya.

“Tawaran yang saya terima itu bayarannya bagus dan diterbitkan syarikat produksi yang besar. Namun, saya tak nak buat. Sesetengah orang akan menerima babak sebegitu sebagai karya seni. Itu bergantung kepada individu sendiri.

“Namun, saya tak s3lesa untuk melakonkan babak yang memerlukan saya berb0gel atau berkaitan dengan aksi s3kksual. Jadi, saya t0lak,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian video di Instagram itu, Ilya berkata dia menjalani ujibakat untuk beberapa filem Hollywood, antaranya Jurassic World, The Matrix 4.

Ujarnya, namanya turut disenarai pendek untuk watak Kamala Khan dalam filem terbitan Marvel Studios iaitu Miss Marvel, namun tiada r3zeki untuk dirinya.

“Untuk uji bakat itu, nama saya disenarai pendek, namun tidak ada maklum balas. Saya anggap tidak ada rezeki pada waktu itu kerana saya tahu ada beberapa pelakon lain dari India yang turut disenarai pendek,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment on "Ada Adegan B0gel, Raja Ilya T0lak Tawaran Berlakon Siri Netflix"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*