Apakah Hu kum Mewarnakan R4mbut?

Soalan:

Assalamualaikum tuan mufti,

Semoga tuan mufti sentiasa dalam keadaan sihat dan dlm redha Allah SWT:

Di sini saya ada 1 persoalan mengenai hu kum fiqh.diharap tuan mufti dpt memberi sedikit penerangan dan penjelasan. Saya berumur 32tahun mempunyai masalah u ban yg agak kri tikal. boleh ke saya mewarnakan ram but saya menggunakan inai/pewarna hitam. Ada sesetengah ustaz menasihati saya mewarna ram but saya warna merah(inai) tapi saya agak ma lu jika warna ram but saya berwarna merah, tambahan saya berkerja di sekolah, agak mewujudkan suasana pelik di kalangan pelajar.

Harap tuan mufti dpt menjawab persoalan saya

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Dalam isu ini kami naqalkan keterangan para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji:

“H4ram bagi lelaki dan perempuan mewarnakan jang gut dan ram but dengan warna hitam. Namun, sunat mewarnakan u ban dan ram but dengan warna yang lain sama ada kuning atau merah.

Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA, katanya: Abu Quhafah (bapa kepada Abu Bakar, nama sebenarnya Uthman dan memeluk Islam semasa pembukaan Makkah) yang ram butnya putih bak bunga kemboja (الثغامة), dibawa menemui Rasulullah SAW pada hari penawanan kota Makkah, lalu Baginda bersabda:

غَيِّرُوا هَذَا بِشَىْءٍ وَاجْتَنِبُوا السَّوَادَ

Maksudnya: “Ubahlah warna uban ram butnya ini dengan sesuatu dan elak kanlah dari warna hitam.”

Riwayat Muslim (2102)

Dan hadith daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

غَيِّرُوا الشَّيْبَ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِالْيَهُودِ

Maksudnya: “Ubahlah warna uban dan jangan menyerupai orang Yahudi.

Riwayat al-Tirmizi (1752)

Begitu juga hadith daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى لاَ يَصْبُغُونَ، فَخَالِفُوهُمْ

Maksudnya: “Sesungguhnya orang Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan ram but. Justeru, hendaklah kamu berlainan daripada mereka.”

Riwayat al-Bukhari (5559) dan Muslim (2103)

 

Perbuatan menghitamkan uban mengandungi un sur-un sur pemal suan dan mengubah keadaan yang sebenar. Dengan celu pan warna hitam, seseorang dewasa kelihatan seperti remaja, orang tua kelihatan muda kepada pandangan orang ramai. Hal ini menyebabkan sangkaan mereka berlainan daripada keadaan yang sebenar. Adapun warna yang lain tidaklah sampai ke tahap pengubahan, peni puan dan pemal suan.”

Inilah pendapat mazhab al-Syafie. Adapun di sisi mazhab Maliki, Hanafi dan Hanabilah, hu kum mewarnakan ram but dengan warna hitam adalah mak ruh dan diharuskan semasa pe rang. Imam Abu Yusuf daripada Hanafiyyah mengharuskan secara mutlak. Rujuk al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (2/281).

Berkata Imam al-Syaukani:

 “Sebahagian Jemaah (ulama salaf) mewarnakan ram but mereka dengan warna hitam. Diriwayatkan hal ini daripada (para sahabat seperti) Uthman (bin `Affan), al-Hasan dan al-Hussein anak-anak (Saidina) Ali, `Uqbah bin `Amir dan Ibn Sirin, Abi Burdah dan lain-lain.”

Rujuk Nail al-Autar (2/281)

Prof. Dr Yusuf al-Qadhawi dalam karyanya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam (hal. 117) menyebut:

“Manakala orang yang tidak setua Abu Quhafah tidak mengapa jiialau dia mewarnakan ramb utnya dengan warna hitam. Dalam hal ini al-Zuhri (seorang Tabien) mengatakan: “Kami menginai ram but dengan warna hitam jiikalau wajah masih kelihatan muda. Apabila wajah sudah berke dut dan gi gi sudah bergo yang kami mening galkannya.”

Kami berpendapat bahawa sekiranya seseorang ingin mewarnakan ram but, hendaklah dia mewarnakan ram but atau uban dengan warna apa pun selain warna hitam, atau warna dan gaya yang menyerupai syiar agama lain. Ini bagi meraikan mazhab al-Syafie yang merupakan mazhab yang diamalkan di Malaysia. Namun begitu, kami tidak mengingkari pendapat-pendapat lain yang memak ruhkan bahkan mengharuskan pewarna hitam, khususnya jika tidak melibatkan peni puan. Adapun keri sau an penanya tentang persep si pelajar sekolah yang mungkin mewujudkan suasana pelik, sepatutnya tidak berlaku keadaan fit nah dan pe lik apabila telah diterangkan kepada para hu kum sebenar mewarnakan ram but mengikut Syarak. Namun jika pelajar-pelajar itu bersekolah menengah dan melibatkan jan tina lelaki, maka wajiblah penanya berkenaan untuk menu tup ram butnya kerana hu kumnya adalah au rat dan perhi asan yang perlu ditu tup.

Wallahuha’lam.

Be the first to comment on "Apakah Hu kum Mewarnakan R4mbut?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*