“Jika Kakimu Tidak Membawamu Ke Masjid, Bagaimana Mungkin Ia Akan Membawamu Ke Syurga!”

“Kalau kakimu tidak membawamu ke masjid, bagaimana ia akan membawamu ke syurga!” Begitu tersen tuh sekali perkongsian kali ini Beruntunglah orang yang dige lar kaki masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 gan jaran berikut;*

1- Mafhum hadis Riwayat Ibn Majah;
“Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid, maka persaksi kanlah dia orang beriman. Allah berfirman: ‘Sesungguhnya orang yang memeriahkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). ”

2- Mafhum hadis Riwayat Ahmad, Ibn Majah:
“Sesiapa yang pergi ke masjid jemaah, maka pada satu langkah diha puskan d0sa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa pergi atau balik.”

3- Mafhum hadis Riwayat Ibn Majah:
“Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya yang sudah lama meng hilang.”

4- Mafhum hadis Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad:
“Ada tiga gol0ngan semuanya dijamin Allah; ketika hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mat1 dia masuk syurga:
i. Sesiapa yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa yang keluar demi untuk berju ang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.

5- Mafhum hadis Riwayat Muslim:
“Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah, mereka membaca kitab Allah dan mengkaj1nya sesama mereka, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat.”
(Riwayat Muslim)

6- Mafhum hadis Riwayat al-Bukhari:
“Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya…seseorang yang hatinya terpaut pada masjid-masjid.”
Dalam riwayat Malik: “Seseorang yang hat1nya terpaut pada masjid sehingga dia kembali ke situ semula.”

7- Mafhum hadis Riwayat at-Tirmizi:
“Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu berjalan kaki dalam kege lapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya cahaya sempurna pada hari kiamat.”

8- Mafhum hadis Riwayat at-Tirmizi:
“Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan daripada ner@ka dan pelepasan daripada sifat muna f1k.”

9- Mafhum hadis Riwayat al-Baihaqi:
“Masjid rumah setiap orang bertaqwa. Allah telah jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan.”

10- Mafhum hadis Riwayat Ahmad:
“Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang.”

11- Allah berfirman:
“Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah maka kerana hal itu satu ke san ketaqwaan hat1.” (Al-Hajj 22: 32). Dan Allah juga berfirman: “Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang paling bertaqwa.” (Al-Hujurat 49: 13)

“Ya Allah, bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang terbaik untuk-Mu.” (Riwayat Abu Dawud)

Kredit; Yusof Ibnu Muda

Be the first to comment on "“Jika Kakimu Tidak Membawamu Ke Masjid, Bagaimana Mungkin Ia Akan Membawamu Ke Syurga!”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*