Ini 5 Saudara Susu4n Nabi Muhammad SAW Yang Diriwiyatkan Hadis.

Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang digel4r Al-Amin tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570M menurut beberapa sirah adalah rahmat kepada seluruh alam. Sebagai Nabi terakhir dan pemberi syafaat, kita dig4lakkan berselawat Nabi setiap masa agar Nabi kenal kita semasa di akhirat kelak.

Dilahirkan dalam keadaan yatim kerana bapanya Abdullah Abdul Mutalib men1nggal dunia di Madinah ketika baginda baru dua bulan dalam kandung4n ibunya, Aminah Wahab. Malah pada usia Baginda enam tahun, ibunya pula me1nggal.

Dalam sirah Nabawiyyah, ibu susu4n pertama Baginda ialah Thuwaibah (h4mba perempuan Abu Lahab) dan ibu susu4n keduanya ialah Halimah binti Abu Zuaib As-sa’diah (lebih dikenali Halimah As-sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). Dalam erti kata lain, Nabi Muhammad SAW juga memiliki saudara persusu4n.

Siapakah mereka?

Menurut beberapa riwayat hadis, 5 nama ini dinamakan sebagai saudara susu4n Nabi.

  1. Hamzah bin Abdul Muthalib:-

Hamzah bin Abdul Muthalib merupakan pakcik Nabi. Dalam sebuah riwayat yang sahih dinyatakan juga bahawa Hamzah merupakan saudara sepersvsuan Nabi.
Dalam hadits Ibnu Abbas riwayat Bukhari, dia berkata bahawa Rasulullah SAW menyampaikan tentang puteri Hamzah:

لا تَحِلُّ لِي يَحْرُمُ مِنْ الرَّضَاعِ مَا يَحْرُمُ مِنْ النَّسَبِ هِيَ بِنْتُ أَخِي مِنْ الرَّضَاعَةِ

“Dia tidak halal bagiku kerana apa yang dih4ramkan kerana sepersusu4n sama dih4ramkan kerana keturunan sedangkan dia adalah puteri dari saudaraku sepersusu4n.” (HR Bukhari)

Mus’ab al-Zubairi mengatakan, Thuwaibah (salah seorang ibu susu nabi) menyusui Nabi SAW, lalu juga menyusui Hamzah dan kemudian menyusui Abu Salamah. Thuwaibah merupakan h4mba Abu Lahab yang menyusui Nabi Muhammad sebelum Halimah al- As-sa’diah
  1. Abu Salamah:-

Dalam hadits Bukhari dikatakan, Ummu Habibah isteri Nabi SAW pernah mengatakan kepada Rasulullah SAW:

عن أُمَّ حَبِيبَةَ قَالَتْ قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ انْكِحْ أُخْتِي بِنْتَ أَبِي سُفْيَانَ ، قَالَ : وَتُحِبِّينَ ؟ قُلْتُ : نَعَمْ ، لَسْتُ لَكَ بِمُخْلِيَةٍ ، وَأَحَبُّ مَنْ شَارَكَنِي فِي خَيْرٍ أُخْتِي ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ ذَلِكِ لا يَحِلُّ لِي ، قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ فَوَاللَّهِ إِنَّا لَنَتَحَدَّثُ أَنَّكَ تُرِيدُ أَنْ تَنْكِحَ دُرَّةَ بِنْتَ أَبِي سَلَمَةَ ؟ قَالَ : بِنْتَ أُمِّ سَلَمَةَ ؟ فَقُلْتُ : نَعَمْ قَالَ : فَوَاللَّهِ لَوْ لَمْ تَكُنْ فِي حَجْرِي مَا حَلَّتْ لِي ، إِنَّهَا لابْنَةُ أَخِي مِنْ الرَّضَاعَةِ أَرْضَعَتْنِي وَأَبَا سَلَمَةَ ثُوَيْبَةُ ، فَلا تَعْرِضْنَ عَلَيَّ بَنَاتِكُنَّ وَلا أَخَوَاتِكُنَّ

“Wahai, Rasulullah, nikahilah saudariku puteri Abu Sufyan (Izzah binti Abu Sufyan).

Rasulullah SAW bertanya, “Apakah engkau menginginkan itu?”

Lalu Ummu Habibah pun mengiyakannya dan berkata, “Aku tidak pernah menjadi isterimu seorang diri, dan orang yang paling aku sukai menemaniku dalam kebaikan adalah saudariku.”

Rasulullah SAW bersabda, “Itu tidak halal bagiku.”

Ummu Habibah berkata, “Sesungguhnya kami diberitahu, bahawa engkau ingin menikahi anak Abu Salamah”.

Rasulullah bertanya, “Puteri Abu Salamah?”

Ummu Habibah menjawab, “Ya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Seandainya dia bukan anak asuhku, dia tetap tidak halal bagiku. Dia itu puteri dari saudara sepersusu4nku. Aku dan Abu Salamah pernah disusui oleh Thuwaibah, maka jangankanlah kalian menawarkan anak-anak atau saudari-saudari kalian kepadaku.” (HR Bukhari)

  1. Syaima binti al-Harits bin Abdul Uzza bin Rafa’ah:-

Tidak diketahui lebih lanjut mengenai jalur keturunannya. Namun catatan yang dicatat menyatakan namanya sebagai saudara persusu4n Nabi Muhammad SAW.

  1. Abdullah bin al-Harits :-

Dia adalah saudara laki-laki Syaima.

  1. Anisa bin al-Harits

Baik Syaima, Abdullah, mahupun Anisa, merupakan anak dari Al-Harits bin Abdul Uzza. Dia adalah suami dari Halimah al-Sa’diyah, salah satu wanita yang menyusui Nabi Muhammad.

 

Sumber: Kashoorga

Be the first to comment on "Ini 5 Saudara Susu4n Nabi Muhammad SAW Yang Diriwiyatkan Hadis."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*