Hu Kum Sebenar Memberi Hadiah Pada Majlis Perkahwinan.

SOALAN :

Biasa dalam masyarakat kita yang beragama Islam apabila diadakan kenduri perkahwinan orang-orang yang datang makan ke kenduri tersebut akan memberi hadiah kepada pihak pengantin yaitu jemputan lelaki akan memberi hadiah berupa w4ng kepada tuan rumah manakala jemputan perempuan akan memberi hadiah kepada pengantin perempuan atau ibunya dan pihak tuan rumah memb4las pula dengan had1ah-haadiah yang telah disediakan.

Apakah hu kum memberi hadiah seperti itu?

Ada orang yang mengatakan tuan rumah tidak ikhlas membuat jamuan kerana mahukan hadiah dan amalan memberi hadiah adalah bida’ah lagi pula r1ak kerana menunjuk-nunjuk kepada manusia.

JAWAPAN :

Sunat hu kumnya mengadakan jamuan kenduri dengan sebab berkahwin samada diadakan kenduri tersebut selepas aqad nikah atau pada hari aqad nikah diadakan.

Tuan rumah yang mengadakan kenduri itu mendapat pahala kerana mengikut anjuran agama dan pahala menjamu orang dan pahala bersedekah jika dia ikhlas mengadakan kenduri menjamu para hadirin tersebut.

Melangsungkan perkahwinan tanpa mengadakan kenduri adalah berlawanan dengan sunnah walau pun pernikahan tersebut sah di sisi syarak.

Sabda Rasulullah saw :

أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ.

Artinya : “Buatlah jamuan kenduri walaupun hanya dengan seekor kambing” (Hadith Bukhari)

Dalam hadith ini Rasulullah saw menganjurkan membuat kenduri sekadar kemampuan. Jika mampu maka buatlah dengan menyembel1h binatang yang besar seperti unta atau kerbau atau lembu. Dan jika tidak berkemampuan maka memadai dengan hanya seekor kambing atau kurang dari itu seperti orang yang tidak mampu menyembel1h kambing maka hendaklah dia menyembeli1h ayam dan jika tidak menyembel1h ayam maka bolih sahaja dengan ikan atau seumpamanya.

Hikmah membuat jamuan adalah tanda syukur kepada Allah yang telah memberi n1kmat berumahtangga dan tanda bergembira dengan memperolehi pas4ngan atau menantu. Maka tidak dapat tiada bagi tuan kenduri hendaklah ikhlas kerana Allah menjamu tetamu jemputan supaya beroleh g4njaran pahala dari sisi Allah.

Maka sudah menjadi adat kebiasaan pada hari kenduri tetamu yang hendak pulang akan memberi hadiah atau du1t kepada tuan rumah. Hu kum memberi hadiah atau du1t ini adalah sunat dan sangat digalakkan dalam Islam.

Adat seperti ini dipuj1 syarak kerana muafakat dengan perintah syarak menggalakkan bersedekah dan memberi orang lain makan.

Diriwayatkan daripada Suhaib bin Sinan r.a. Rasulullah saw bersabda :

خِيَارُكُمْ مَنْ أَطْعَمَ الطَّعَامَ

Artinya : “Orang yang terbaik daripada kamu sekelian ialah orang yang menjamu akan makanan.” (Hadith riwayat At-Tabarani)

Dan diriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr r.a. Nabis aw bersabda :

اعْبُدُوا الرَّحْمنَ، وَأَفْشُوا السَّلاَمَ، وَأَطْعِمُوا الطعَامَ، تَدْخُلُوا الْجِنَانَ

Artinya : “Semb4hlah kamu sekelian akan Tuhanmu dan seb4rkan salam dan jamulah akan makanan nescaya kamu sekelian akan masuk ke dalam syurga.” (Hadith riwayat Ibnu Hibban)

Jelas pada hadith ini siapa yang menjamu makanan kepada orang samada dengan membuat kenduri kawin atau lainnya adalah terg0long dalam kalangan orang-orang Islam yang terbaik dan b4lasan bagi mereka adalah syurga.

Dan orang-orang yang memberi hadiah kepada tuan rumah atau kepada pengantin juga termasuk orang-orang yang mengamalkan sunnah Nabi saw.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah saw bersabda :

ﺗَﻬَﺎﺩُﻭْﺍ ﺗَﺤَﺎﺑُّﻮْﺍ

Artinya : “Salinglah kamu memberi hadiah maka akan saling berkas1h s4yang di antara kamu.” (Hadith Bukhari Kitab Adab Mufrad)

Dalam hadith ini Rasulullah saw menggalakkan memberi hadiah sesama kita samada hadiah itu berupa m4ta benda atau du1t. Maka siapa sahaja yang memberi hadiah samada besar atau kecil nilainya maka dia telah mengamalkan perintah Rasulullah saw tersebut dan baginya pahala.

Tidak benar dikatakan memberi hadiah atau du1t seperti ini adalah r1ak atau amalan yang bida’ah. R1ak adalah sifat mazmumah yang tersembunyi di dalam hat1. Hanya empunya diri sahaja yang tahu niatnya yang sebenar.

Begitu juga meleeset tvduhan memberi hadiah pada ketika kenduri kahwin itu amalan bida’ah kerana Rasulullah saw sendiri yang menyuruhnya dan Rasulullah saw juga ada menerima hadiah atau memberi hadiah pada ketika hayat baginda.

Dari Aisyah r.a. katanya :

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيبُ عَلَيْهَا

Artinya : “Adalah Rasulullah saw pernah menerima hadiah dan memberi hadiah.” (Hadith Bukhari)

Dan sunat bagi tuan rumah yang menerima hadiah dari tetamu memb4las pemberian tersebut kerana beramal dengan hadith di atas.

Tetapi jika tuan rumah tidak memb4las dengan hadiah berupa m4ta benda maka sebaiknya dib4las dengan ucapan yang baik seperti puj1-puj1an.

Dari Usamah bin Zaid r.a. katanya sungguhnya Rasulullah saw bersabda :

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ ، فَقَالَ لِفَاعِلِهِ : جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Artinya : “Barangsiapa yang dilakukan kepadanya suatu kebaikkan maka ucaplah kepada orang itu ‘Sem0ga Allah memb4las akan kamu dengan kebaikkan’ maka sungguhnya ia adalah puj1an yang mencukupi.” (Hadith An-Nasaai)

Kesimpulan 

Mengadakan kenduri kahwin adalah sunnah Nabi saw.

Hendaklah dibuat kenduri sekadar kemampuan sahaja bukan sampai mem4ksa-m4ksa atau berl4wan menvnjuk-nvnjuk.

Orang k4ya buatlah cara orang k4ya dan orang m1skin buatlah cara orang m1skin.

Sunat tetamu memberi hadiah kepada tuan rumah dan tuan rumah memb4las pemberian tersebut dan sekurang-kurang b4lasan ialah dengan ucapan yang baik.

Saling memberi hadiah samada pada hari perkahwinan atau lainnya adalah sunnah Nabi saw dan bukannya bidaah.

Bida’ah yang sebenarnya ialah memanda1-manda1 mengeluarkan hu kum dalam keadaan jah1l.

Tuan rumah harus menerima hadiah atau du1t yang diberi olih tetamu yang datang.

Tetamu yang datang makan tanpa memberi hadiah adalah tidak melakukan sebarang kes4lahan.

Hendaklah ikhlas membuat jamuan kerana Allah dengan niat bersedekah menjamu orang ramai.

Tidak elok jika dibuat kenduri kerana tujuan mendapatkan hadiah dari para tetamu kerana dit4kuti tidak mendapat pahala di sisi Allah.

Menuduh tuan rumah tidak ikhlas tanpa mengetahui niat yang sebenarnya adalah satu perbuatan maks1at dan d0sa dan ia bukan dari ajaran agama Islam.

wallahua’lam

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Be the first to comment on "Hu Kum Sebenar Memberi Hadiah Pada Majlis Perkahwinan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*