[VIDEO] 2 Tahun Tak Dapat Balik Raya, Gadis Menangis Dapat Parcel Kerepek Buatan Ibu

Pada tahun ni ramai yang terpaksa batalkan hasrat untuk pulang menyambut Aidilfitri di kampung kerana terpaksa akur dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan oleh kerajaan.

Bagi yang diperantauan, semestinya rasa rindu kepada keluarga di kampung itu tak dapat dibendung lagi-lagi jika tak dapat bertemu lebih dari setahun.

Men4ngis dapat parcel dari ibu

Baru-baru ini, seorang gadis menjadi perhatian netizen apabila dia berkongsi momen kesed1hannya yang tak dapat menyambut hari raya nanti bersama keluarga tersayang.

Gadis yang dikenali sebagai Intan Atilia itu memuatnaik posting di akaun TikToknya dimana dia mendapat parcel daripada ibunya di kampung.

Namun apa yang sedih untuk dilihat, isi parcel tersebut adalah kerepek buatan ibunya yang dia gemari. Dia terus mencuba kerepek tersebut dan kelihatan seb4k kerana rindu kepada masakan ibunya.

Intan yang sekarang ini menetap di Shah Alam sendirian memberitahu bahawa dia sudah 2 tahun tak pulang ke kampung dan merupakan anak bongsu dalam keluarga. Alaaa siannya diaa.

“2 tahun tak balik. Anak l4st plak tu. hidup sorang kt bandar. Sed1h rasanyaa”

Posting Intan itu sehingga kini meraih hampir 300k views.

“Saya tgok pon keluar a1r mata… padahal mak dekat sebelah”

Menjengah ke ruangan komen, ramai sebenarnya yang kasihan dengan nasib Intan. Seolah-olah mereka memahami isi hatinya yang dah 2 tahun tak dapat pulang bertemu ibu bapanya.

Kepada sesiapa yang tak boleh balik kampung tu bersabar banyak-banyak yaa. Kita kena akur dengan arahan dikeluarkan untuk kebaikan bersama. Kalau semua n4ngis, min pon nak n4ngis jugakla!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "[VIDEO] 2 Tahun Tak Dapat Balik Raya, Gadis Menangis Dapat Parcel Kerepek Buatan Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*