Roket China terhemp4s di Lautan Hindi

BEIJING: R0ket keluaran negara China yang berada “di luar kawalan” dilapor telah jatuh di Lautan Hindi.

Lokasi terhemp4s difahamkan di barat daya India dan Sri Lanka, kata jurucakap negara China.

 

Sementara itu, Space-Track melalui akaun Twitternya mengesahkan perkara itu.

“@18SPCS mengesahkan CZ-5B (#LongMarch5B) (48275 / 2021-035B) masuk semula ke atmosfera pada 9 Mei di 0214Z dan terhemp4s ke Lautan Hindi di utara Maldives di latitud 22.2, longitud 50.0.

Roket Long March 5B, yang dilancarkan dari Pusat Pelancaran Angkasa Wenchang pada 29 April lalu, ditugaskan untuk membawa modul pertama stesen angkasa masa depan China “Tianhe” ke orbit.

Ia kembali memasuki atmosfera pada jam 3.24 pagi waktu Britain, dengan sebahagian besar komponennya m.usnah ketika itu, lapor media China.

Terdahulu, agensi angkasa The Aerospace Corporation meramalkan r0ket Long March 5B, yang berketinggian sekitar 30 meter dengan berat 20 tan akan memasuki atmosfera bumi pada 9 Mei, jam 4.19 pagi waktu UTC (12.19 waktu Malaysia).

Beberapa lokasi disebut-sebut sebagai tempat ia dijangka terhemp4s.

Antaranya di tenggara AS, Mexico, Amerika Tengah, Caribbean, Peru, Equador, Colombia, Venezuela, sebahagian Eropah Selatan, sebahagian besar Afrika Utara dan Tengah, Asia Barat, India Selatan dan Australia.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Astro Awani

Be the first to comment on "Roket China terhemp4s di Lautan Hindi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*