“Biar Betul Sayang Ni..” Suami P4srah Isteri Beli Baju Raya Sama Warna Dengan Dinding Rumah

Beberapa hari sahaja lagi, kita bakal menyambut perayaan Aidilfitri. Mesti ramai yang dah buat persiapan untuk menyambut lebaran kan.

Antara soalan yang selalu kita dengar setiap kali nak raya mesti tema baju raya tahun ni. Selalunya ahli keluarga akan cari baju raya dengan warna sedondon agar nampak serasi di pagi raya.

Lain pula ceritanya dengan keluarga ini. Bukan sahaja sedondon seisi keluarga, malah baju raya mereka tersama tema pula dengan dinding rumah.

Video yang diunggah oleh pengguna TikTok dengan nama @schamia11 ini buat netizen pecah tawa. Menerusi video tersebut, dapat dilihat suaminya menghadap ke dinding seakan-akan merajuk.

Rupanya sang isteri terbeli baju raya sedondon satu keluarga yang sama tema dengan dinding rumah mereka. Baju Melayu berwarna hijau yang dipakai suaminya nampak tenggelam kerana sama sebijik dengan warna dinding rumah.

Video ini mendapat 256 ribu tontonan dan 16.9 ribu sukaan setakat ini.

“Jadi sesumpah pulak raya nanti”

Di ruangan komen, netizen rata-rata turut terhibur dengan gelagat suami wanita itu yang pasrah sampai melekap ke dinding.

Dalam satu lagi perkongsian, wanita tersebut turut menunjukkan beberapa helai baju dipercayai milik anaknya yang juga sama warna dengan baju yang dipakai suaminya.

Bayangkan satu keluarga pakai baju sama tema dengan dinding di pagi raya. Tak ke haru bila nak bergambar nanti!

Sumber: TikTok @schamia11

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber :  https://www.motifviral.dnqj.my/

Be the first to comment on "“Biar Betul Sayang Ni..” Suami P4srah Isteri Beli Baju Raya Sama Warna Dengan Dinding Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*