Tanggal 13 Mei, seluruh umat Islam telah meraikan 1 Syawal selepas sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga.
Namun dalam kita meraikan Aidilfitri ini, jangan dilupakan bahawa seluruh Malaysia masih lagi berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Maka dengan itu, terdapat beberapa SOP Aidilfitri yang perlu kita patuhi supaya tidak dikenakan sebarang tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa.
TAKBIR RAYA
Kawasan PKP, PKPB & PKPP- Dibenarkan mengikut ketetapan Pihak Berkuasa Agama Negeri
Kawasan PKPD- Tidak dibenarkan
Amalan takbir raya rumah ke rumah juga tidak dibenarkan
ZIARAH HARI RAYA
Kawasan PKP- hanya dibenarkan pada 1 Syawal sahaja, dengan tetamu tidak melebihi 15 orang
Kawasan PKPB- hanya dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal sahaja, dengan tetamu terhad kepada 20 orang
Kawasan PKPP- hanya dibenarkan pada 1 hingga 3 Syawal sahaja, dengan tetamu tidak melebihi 25 orang
Kawasan PKPD- sambutan hanya bersama ahli keluarga dalam rumah yang sama sahaja. Tidak dibenarkan keluar daripada rumah serta saling kunjung-mengunjung.
ZIARAH TANAH KUBVR
Kawasan PKPP dan PKPB- Dibenarkan tidak melebihi 6 orang bagi satu petak kvbur dan tidak lebih 30 minit
Kawasan PKPD dan PKP tidak dibenarkan
TIADA RUMAH TERBUKA
Rumah terbuka merupakan majlis yang ditunggu-tunggu oleh kita semua tapi tidak pada tahun ini ya.
Sudah setahun kita berhadapan dengan pand3mik c0v1d-19 ini, sudah semestinya kita perlu membiasakan diri.
Sama-sama kita mengingati antra satu sama lain dan jangan lupa #KitaJagaKita
Sumber foto: Google
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : Hot Fm
Be the first to comment on "Raya Tu Raya Juga, Ini 4 SOP Aidilfitri Yang Perlu Kita Ikuti!"