Berita baik! 2 juta belia dpt kredit e-tunai RM150 mulai 1 Jun. Ini cara utk mendapatkannya

BERITA baik untuk belia di negara ini apabila inisiatif kredit e-tunai bernilai RM300 juta akan dibuka kepada dua juta belia warganegara Malaysia yang layak bermula 1 Jun depan di bawah Program eBelia.

Menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), ia bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai dalam kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi (IPT) tempatan berdaftar.

Katanya, sejumlah RM200 juta telah diperuntukkan bagi menyalurkan RM100 kredit e-tunai bagi setiap belia yang layak di bawah Belanjawan 2021.

“Kerajaan telah menambah baik inisiatif ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (Pemerkasa) menjadikan keseluruhan peruntukan bagi program ini sebanyak RM300 juta.

“Dengan faedah tambahan ini, setiap penerima layak mendapat nilai kredit berjumlah RM150, berbanding RM100 sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, MOF berkata, eBelia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif, dan jaringan lebih satu juta peniaga di dalam dan luar talian.

Tuntut dalam kredit e-tunai

Jelasnya, setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada salah satu penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut.

“Ia akan disertakan dengan insentif tambahan dalam bentuk bayar balik, baucar, mata terkumpul atau coins oleh penyedia perkhidmatan e-tunai yang dipilih sepanjang tempoh kempen,” ujarnya.

Menurut MOF, inisiatif eBelia itu dibuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2021 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM 4 dan ke atas di IPT tempatan berdaftar.

Tambahnya, data tersebut akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data kerajaan yang berkenaan.

“Tempoh tuntutan kredit tersebut adalah dari 1 Jun hingga 22 Julai dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 31 Julai.

“Mereka yang layak digalakkan untuk mengemas kini akaun di aplikasi e-tunai masing-masing atau memuat turun aplikasi e-tunai tersebut sebelum 1 Jun ini,” katanya.

Selain itu, MOF menjelaskan, eBelia merupakan sebuah kerjasama Kementerian Kewangan bersama Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Sumber Manusia, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Jelasnya, sebarang maklumat lanjut, boleh layari laman web Belanjawan 2021/Program eBelia.

Dalam pada itu, Menteri Keewangan juga ada memuat naik perkara yang sama di laman Facebook milik beliau

TERKINI: eBelia – RM 300 JUTA KREDIT e-TUNAI UNTUK 2 JUTA BELIA & PELAJAR SEPENUH MASA DIBUKA 1 JUN 2021⠀

Sukacita diumumkan Program eBelia, iaitu sebuah inisiatif di bawah #Belanjawan2021, dengan peruntukan RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak akan dibuka bermula

1 jun 2021. Tujuan utama program ini adalah untuk meringankan beban kewangan mereka dan menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.⠀

Sebelum ini, RM200 juta telah diperuntukkan di bawah Belanjawan 2021 untuk menyalurkan RM100 kredit e-tunai kepada belia yang layak. Menerusi #PEMERKASA, Kerajaan telah menambah baik program ini dengan meningkatkan peruntukan kepada RM300 juta. Ini bermakna setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai iaituBigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing.

Terima kasih kepada Kementerian Pengajian Tinggi; KBSMalaysia ; Kementerian Pendidikan Malaysia ; Kementerian Pertanian dan Industri Makanan ; Kementerian Pembangunan Luar Bandar

Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM atas kerjasama di dalam menjayakan program eBelia ini.

Rata-rata netizan mengucapkan sykur dan terima kasih atas inisitif kerajaan tersebut

“Syukur lah Kita d malaysia Masa ni d perintah oleh manusia2 yg prihatin .,..semoga mereka d rahm4ti dan di berkati Allah…aamiin”

“Alhamdulillah langkah2 yang diperkenalknn bagi membantu rakyat yang terjejas dgn c0v1d19 ni.. pelbagai bantuan yg disalurkan.. moga ekonomi negara akan lebih rancak selepas ini dgn kemasukan pelabur utk melabur..thanks to team MOF. banyak usaha tahun lalu dan langkah yang diambil demi menempuh pand3mik c0v1d. diharapkan tahun ini lebih baik. Terbaikk”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Berita baik! 2 juta belia dpt kredit e-tunai RM150 mulai 1 Jun. Ini cara utk mendapatkannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*