“Bila seorang wanita ditangan lelaki yang tepat…”- Netizen

Sebut saja nama pelakon, Edika Yusof ramai yang sangat kagum dengan dirinya yang bukan sahaja membuatkan orang ramai menyukai lakonannya di kaca televisyen malah sikapnya juga disenangi wargamaya.

Malah umum sedia tahu bahawa dia merupakan antara selebriti yang dikagumi ramai kerana begitu setia terhadap isterinya, Nor Hidayah Yusri.

Tambahan pula kecekalan Edika Yusof dalam menjaga wanita disayanginya ini yang lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu dijadikan inspirasi oleh netizen. Melihatkan pula posting dia bersama isteri disaat menyambut hari raya baru-baru ini pula mengundang rasa teruja peminat terhadap pasangan tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Dalam pada masa yang sama, perasaan kagum peminat dengan sikap suami yang baik Edika Yusof membuatkan rata-ratanya suka memujinya yang dikatakan seorang lelaki yang sukar dicari disamping akui netizen bahawa dia merupakan suami idaman para wanita.

Sementara itu, peminat juga meninggalkan ribuan tanda suka di perkongsian foto Edika Yusof bersama ahli keluarganya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Edika Yusof (@edikayusofxx)

Ruangan komen di posting terbabit bagaimanapun dibanjiri dengan komen positif peminat terhadap keluarga selebriti tersebut.

“Abang Edika Yusof seorang suami yang begitu sukar untuk dicari. Sangat setia dan sentiasa ada…”

“Bila seorang wanita ditangan lelaki yang tepat…”

“Ni contoh suami terbaik seribu dalam satu”

SumberEdika Yusof

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hcl

Be the first to comment on "“Bila seorang wanita ditangan lelaki yang tepat…”- Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*