“Selebriti ‘Tinggal’ Berpvak,” Tak Perlu Disuruh Netizen Syatilla Melvin Sendiri Jal4ni Sw4b Test Di Rumah

 

“Alah…berkumpul ramai-ramai dalam rumah je dengan adik-beradik apa salahnya…bukan keluar rumah pun hihi”

Kec0h di media sosial mengenai kemarahan netizen terhadap selebriti-selebriti popular dan orang-orang kenamaan yang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga besar di rumah, meskipun ia dikatakan kerana mereka sebenarnya tinggal dalam satu kelompok besar adik-beradik.

Hal yang demikian meraih kem4rahan warganet kerana mengikut prosedur operasi standard (SOP) sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri sepanjang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah termaktub sama rata tanpa mengira status seseorang individu.

Berikutan kes peningkatan kes harian j4ngkitan c0v1d-19, rakyat semakin rungsing dan saling tuding-menuding di antara satu sama lain, meskipun faktor keseluruhan kenaikkan adalah disebabkan oleh rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab mel4nggar perintah kawalan wab4k c0v1d-19.

Menyedari hal itu, pelakon Syatilla Melvin yang bukan sahaja terkenal dengan celoteh dialek bahasa “pinengnya” dia juga dikenali dengan keakraban adik-beradiknya yang diumpamakan seperti kembar kerana mungkin sukar untuk membezakan antara satu sama lain.

Memuat naik video di laman Instagram, Syatilla kelihatan sedang membuat ujian saringan c0v1d-19 meskipun dia terlihat yakin bahawa proses yang dilaluinya tidak sak1t namun setelah dijolok hidungnya, dia mula menjerit ‘kesak1tan’.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)

Caption:  

“Langkah berjaga-jaga dari kami yang hidup berpuak ni. Thank u dtg buat pcr swab dekat rumah🤍 Yang lain2 tlg buat utk avoid benda yg kita xmau😍”

Menerusi hantaran itu dia mengakui bahawa keluarganya sememangnya hidup secara berkumpulan bersama adik-beradiknya dan disebabkan itu dia mengambil keputusan untuk membuat ujian saringan c0v1d-19 bagi mengelak daripada sebarang perkara yang tidak diingini.

Menurut sebuah sumber laman portal, Syatilla Melvin atau dengan nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin  berpendapat bahawa beliau lebih terbuka untuk tinggal berasingan daripada tinggal secara berkumpulan bersama adik-beradiknya.

Namun disebabkan mereka masih berada di kawasan perumahan yang sama ia menyebabkan mereka mungkin sering berkunjung atau berkumpul.

“Adoiii… Kadang takot tengok org kena or buat.. Kena sendiri buat tadah jugak bgi buat 🤭

Mengetahui bahawa v1rus j4hat c0v1d-19 ini sememangnya tidak memilih status mahupun darjat, kesan jangkitan wabak penyakit ini mampu meragut nyawa diri sendiri mahupun orang tersayang.

Oleh itu, keputusan selebriti ini untuk memberanikan diri membuat saringan ujian c0v1d-19 ini sebagai langkah berjaga-jaga merupakan satu keputusan yang baik demi menjaga keselamatan keluarga mahupun orang lain.

Usah bersikap penting diri, jalankan tanggungjawab anda untuk sentiasa mematuhi segala keperluan (SOP) serta patuh kepada segala arahan demi menyekat penularan wab4k c0v1d-19.

Semoga keputusan ujian saringan c0v1d-19 Tilla dan ahli keluarga baik-baik sahaja ya!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram Syatilla Melvin

Be the first to comment on "“Selebriti ‘Tinggal’ Berpvak,” Tak Perlu Disuruh Netizen Syatilla Melvin Sendiri Jal4ni Sw4b Test Di Rumah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*