Hukum Lelaki Memakai Pakaian Yang Bercampur Dengan Sutera.

wave background

SOALAN :

Kalau orang lelaki pakai baju yang ada sedikit campuran sutera adakah masih h4ram?

Betulkah orang kata kanak-kanak lelaki tidak h4ram pakai baju sutera?

JAWAPAN :

SUTERA BAGI LELAKI

Yang dih4ramkan ke atas kaum lelaki memakai sutera itu ialah sutera murni yaitu sutera seratus peratus atau yang kandungan suteranya lebih banyak seperti kain yang dibuat dari benang sutera dan benang kapas yang kandungan benang suteranya lebih banyak dari kandungan benang kapas.

Sutera diharamkan ke atas lelaki dewasa dengan kesep4katan ulamak akan tetapi sebahagian ulamak meng4aruskan sutera dipakai olih kanak-kanak lelaki.

Berkata Syeikh Ibnu Qasim :

ويحل للوليّ إلباس الصبي الحرير قبل سبع سنين وبعدها
وإذا كان بعض الثوب إبريسماً أي حريراً (وبعضه) الآخر (قطناً أو كتاناً) مثلاً (جاز) للرجل (لبسه ما لم يكن الإبريسم غالباً) على غيره فإن كان غير الإبريسم غالباً حلّ

Artinya : “Dan h4rus bagi penjaga memakaikan kanak-kanak lelaki pakaian sutera sebelum umurnya tujuh tahun dan selepasnya.
Dan apabila adalah sebahagian pakaian itu sutera dan sebahagian lagi kapas atau benang misalnya nescaya h4rus bagi lelaki memakainya selama tidaklah sutera itu lebih banyak. Maka jika selain dari sutera yang lebih banyak maka halal ia.” (Kitab Fathul Qarib)

 

Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Be the first to comment on "Hukum Lelaki Memakai Pakaian Yang Bercampur Dengan Sutera."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*