“Gara-gara Ngidam Durian..” Siti Sarah Dapat Sel0ngok Durian Pemberian Hamba Allah

Baru-baru ini, penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin ada memuat naik posting di Instagramnya memaklumkan berasa teringin untuk menikm4ti buah durian jenis Musang King atau D24 .

Ngidam nak makan Musang King

Menurutnya dia begitu mengidam menikm4ti durian tersebut memandangkan sedang sarat hamil anak keempat.

Terfikir sampai tengiang-ngiang. Mana lah Sarah nak dapat ye? Sekarang tengah musim musang king atau d24 ke? Kalau boleh, nak yang dara tak berusik, kat supermarket mcm ade tapi sarah tak nak yang dah kopek punye,” tulisnya.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Isteri kepada usahawan dan pelawak Shuib Sepahtu juga berharap agar sesiapa yang menjual buah durian tersebut dapat menghubunginya menerusi direct message (DM) ataupun menghantar ke kawasan Puchong.

Namun begitu, selepas memuat naik perkongsian berkenaan, dia telah mendapat ‘kejutan’ apabila ada hamba Allah yang begitu bermurah hati dengan memberinya buah durian yang diidamkan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Terima kasih kepada yang kongsi rezeki

Sarah meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada individu berkenaan yang sangat pemurah apabila menghantar lebih daripada sebiji durian Musang King kepadanya.

Penyanyi itu sempat memuat naik gambar bersama longgokan raja buah berkenaan dengan berseloroh bahawa durian yang dihantar itu boleh dibuat kenduri.

“Ya Allah murah rezeki hamba Allah yang memberi nie… baru post petang tadi, lepas tu ade orang nak kongsi rezeki.. Lepas kempunann ibu h4mil… bukan sebijik dia bagi tapi nie dah boleh buat kenduri. Terima kasih banyak2 adik A,” tulisnya.

 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah menyifatkan Sarah sebagai seorang ibu h4mil yang beruntung kerana ada yang sudi berkongsi rezeki dengannya.

Mereka juga sempat menitipkan pesan supaya Sarah tidak makan terlalu banyak Musang King berkenaan memandangkan kondisi diri yang berbadan dua.

Jangan makan banyak sangat

Untungnya kalau jadi famous ni

Murah rezeki keluarga akak

Tetibe ramai yang mengidam juga

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber: sitisarahraissuddin

Be the first to comment on "“Gara-gara Ngidam Durian..” Siti Sarah Dapat Sel0ngok Durian Pemberian Hamba Allah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*