Kamal Adli Bangga Miliki Wajah Seiras Bakal Isteri, Uqasha Senrose Nafi Rupa Sama Hod0h

 

“Walaupun Kamal Adli muka macam hitam manis kelat sikit, tak sangka juga ya boleh ada iras-iras Uqasha yang cantik gebu ni…hahaha aiee mungkin muka makin lama makin sama tanda nak berjodohan la tu!! Tak sabar oi nak tengok hangpa kawen”

Sering kali menjadi gurauan buat bakal pengantin bahawa jika sepasang pasangan itu memiliki raut wajah yang mirip atau seiras, mereka sebenarnya berjodohan.

Malah ada yang menyifatkan ikatan tersebut adalah lebih berpanjangan dan kuat jika mempunyai wajah yang sama.

Benar atau tidak itu sukar untuk diduga namun, perkara ini seolah-olah sudah menjadi seperti ‘realiti’ hanya kerana kebanyakkan pasangan yang dapat kita lihat memiliki wajah suami dan isteri yang hampir sama meskipun lama-kelamaan dikatakan hampir seiras.

Tidak pasti adakah ianya kebetulan ataupun memang benar namun tidak dapat disangkalkan lagi bahawa jodoh, ketentuan aj4l, m4ut dan rezeki semuanya adalah perancangan allah dan dengan izin-Nya tiada siapa yang mampu menghalang.

Memuat naik video TikTok di Instagram, pasangan pelakon sama cantik sama padan, Kamal Adli dan Uqasha Senrose ini sering kali mencvri perhatian peminat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K.A (@kamaladli)

Kali ini  kedua-dua pasangan terbabit saling bergurau ‘mengiyakan’ bahawa mereka memiliki wajah yang seakan-akan sama namun pada versi mimik muka yang ‘burvk’ dan kelakar.

Caption:

“part ni je sama .. hahahaahahah part buruk je sama haahahah … @kamaladli

Hantaran yang saling dimuat naik itu telah mencuit hati peminat yang menjengah ke laman Instagram milik pasangan selebriti itu.

Terdapat beberapa komen nakal daripada rata-rata peminat yang mula mengeluarkan teori atau lebih terkenal digelar golongan “palatao” yang mengeluarkan pendapat masing-masing mengatakan bahawa pasangan yang dikatakan cenderung untuk mempunyai tabiat, bahasa badan dan gaya yang sama ini sebeanarnya menunjukkan ikatan emosi yang selesa dan saling percaya.

Menurut sebuah sumber laman portal, hal yang demikian turut disokong menerusi teori ‘assortative m4ting’ yang menyimpulkan bahawa pasangan bercinta cenderung untuk memilih orang yang mempunyai ciri fizikal dan strata sosial yang setara.

Meskipun Uqasha dan Kamal baru sahaja melangsungkan pertunangan mereka, para peminat mulai bertanya bilakah agaknya pasangan ini bakal disatukan meskipun keadaan semasa kelihatan tidak begitu mengizinkan.

“Aieee murung aku tengok diorang ni sweet nak nak matey…bila nak kahwin nii???”

Setakat 21 Mei 2021, tiada maklum balas mengenai tarikh pernikahan mereka biarpun ketetapan tema dan lokasi sudah diumumkan dan dijangka diadakan pada bulan Mei.

Meskipun keadaan semasa kelihatan begitu merunsingkan, pasangan hangat bercinta ini masih lagi segar biarpun tidak dapat ‘berjumpa’ namun masih bisa bergurau sesama sendiri sehingga mereka ini digelar sebagai pasangan yang sangat sweet dan saling setia.

Amboi manis betul pasangan bercinta ni, bila lah agak-agaknya dapat makan nasi minyak diorang?

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuradi

Sumber: Instagram Kamal Adli

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber  :  https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "Kamal Adli Bangga Miliki Wajah Seiras Bakal Isteri, Uqasha Senrose Nafi Rupa Sama Hod0h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*