“Tiada Yang Rentas Daerah Cvri-Cvri?” Kongsi Coretan Tentang PKP, Ramai Setuju Kata-Kata Uyaina Arshad

Nama Uyaina Arshad mungkin hanya dikenali sebagai seorang pengacara dan pelakon, tetapi siapa sangka rupa-rupanya beliau pandai dalam berkata-kata.

Pengacara program Wanita Hari Ini tersebut ada memuat naik satu video penuh makna mengenai arahan Perintah Kawalan Pergerakan 3.o (PKP 3.0) yang berkuat kuasa sehingga 7 Jun ini.

Coretan kata-kata hasil nukilannya itu turut ada menyebut tentang isu semasa mengenai pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang dilakukan oleh menteri dan juga golongan selebriti.

Tetapi di dalamnya turut terselit tentang sikap masyarakat yang mementingkan diri sendiri selepas melihat lebuhraya Pantai Timur ses4k sewaktu Hari Raya Aidilfitri lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Menteri sudah dik3ji, VVIP sudah dic4ci. Selebriti sudah dim4ki, golongan kayangan sudah dibenci. Sebab kes semakin meninggi. Tapi rakyat Malaysia lain semuanya berintegriti? Tiada yang rentas daerah curi-curi? Kalau iya, kenapa lebuhraya Pantai Timur ses4k lepas Aidilfitri? Takkan tu semua selebriti dan pak menteri?

Jika difahami penuh mendalam mesej yang disampaikan ini, jelas menunjukkan bahawa semua yang terjadi bukan setakat salah menteri atau golongan selebriti, malah ia merupakan salah mereka yang tidak mematuhi SOP.

Ramai pengikut Uyaina di Instagram turut memuji kebenaran dalam kata-kata yang dilemparkan oleh pengacara berusia 29 tahun ini.

Mereka juga menyokong bahawa semua ini terjadi akibat sikap penting diri dalam kalangan rakyat Malaysia.

Maka dengan itu, kita jangan lah setakat menyalahkan menteri atau selebriti tetapi tengok juga pada diri sendiri.

Adakah kita ni sudah mematuhi SOP sepenuhnya atau masih dua kali lima sahaja?

Sumber foto dan video: Instagram Uyaina Arshad

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : Hotfm

Be the first to comment on "“Tiada Yang Rentas Daerah Cvri-Cvri?” Kongsi Coretan Tentang PKP, Ramai Setuju Kata-Kata Uyaina Arshad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*