Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditam4tkan serta-merta, ini surat yang tul4r dari Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditam4tkan serta merta.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei yang dihantar kepada Tajuddin tul4r di laman sosial, hari ini.

“Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat,” demikian menurut surat tersebut, hari ini.

Sementara itu, pegawai khas Ahli Parlimen Pasir Salak itu ketika dihubungi Astro AWANI turut mengesahkan surat berkenaan.

Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020.

Beliau menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Surat yang tul4r,

Terdahulu,

Petisyen mendesak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) kini ditandatangani lebih 61,000 orang setakat jam 1 petang ini.

Petisyen menerusi tandatangan dalam talian Change.org itu dilancarkan 18 jam lalu susulan kegagalan dan tiada rasa sensitif Ahli Parlimen Pasir Salak dari Um.no itu dalam nahas membabitkan pertembungan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) kelmarin.

Menurut petisyen itu, Tajuddin sama sekali tidak layak menduduki jawatan itu kerana bersikap a.ngkuh dan b.ongkak seperti yang berlaku pada sidang media semalam.

Wakil rakyat yang sebelum ini memang dikenali suka menggunakan perkataan se.ksis dan kesat ketika perbahasan di Dewan Rakyat itu juga dilihat memalukan negara ketika menjawab soalan pemberita asing dari agensi Phoenix TV China.

“Selain itu, beliau (Tajuddin) juga telah mel.anggar SOP berikutan tidak memakai pelitup muka, sebaliknya hanya memakai pelindung muka sahaja.

“PDRM dan KKM perlu ambil tindakan tegas ke atas Tajudin,” dipetik dari Change.org.

Dalam masa, tanda pagar #LetakJawatanTajuddin dan #TajuddinLetakJawatan menjadi sohor kini di Twitter.

Sejak semalam, Tajuddin dike.cam teruk sejurus ditanya pemberita ketika nah4s paling teruk dialami LRT sejak lebih 20 tahun beroperasi itu telah menyebabkan 47 penumpang p4rah manakala 166 ced3ra ringan.

“Normal… only the two cars together. They kiss each other,” jawab bekas p.esak1t C.ovid-19 itu selamba sambil ketawa.

Dia juga dilihat membuat lawak bo.doh, “ventilation atau ventilator” selain memberi alasan ketidakhadirannya di lokasi pada malam nah4s itu kerana kononnya baru balik dari kerja dengan keesokannya perlu mendapatkan su.ntikan va.ksin.

Najib tegur tindakan Tajuddin

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegur dan memberi menasihat kepada Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman atas pengendalian sidang AKHABR insiden kem4angan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) semalam.

Menurut Najib, dalam perbualan menerusi talian telefon bersama Ahli Parlimen Pasir Salak itu pada hari ini, Tajuddin mengaku silap dan memohon maaf terhadap perbuatannya sepanjang sidang media itu.

“Beliau menerima nasihat serta teguran saya untuk meminta maaf atas cara pengendalian sidang media sebab tragedi di mana ramai ced.era parah bukan masa untuk berseloroh. Dia akui tak sepatutnya mengendalikan sidang media sebegitu rupa.

“Dia sendiri akui sidang media itu sepatutnya dikendalikan dengan lebih baik dan penuh empati serta maklumat. Dia juga akan meminta maaf kepada wartawan yang hadir terutama wartawan Phoenix TV,” katanya dalam hari ini.

Semalam, Tajuddin dik.ritik kerana tidak serius di dalam mengendalikan sidang media berhubung kejadian itu dan berseloroh mengenai pela.nggaran itu antaranya mengatakan tren berkenaan ‘berc1um’ sesama sendiri.

Dalam pada itu, Najib memaklumkan, Tajuddin berjanji untuk meminta Prasarana menaikkan jumlah bantuan kewangan kepada mereka yang ce.dera dari RM1,000 ke satu angka lebih memuaskan selain menanggung kos peru.batan penuh.

“Prasarana juga akan membantu m4ngsa untuk menuntut pamp4san dari Perkeso dan dari majikan yang mempunyai ins.urans swasta bagi pekerja.

“Selain itu, beliau berjanji bahawa akan memastikan sia.satan penuh punca tr.agedi tidak akan menyorok sebarang maklumat atau melindungi sesiapa serta memastikan penambah baik SOP keselamatan akan dilaksanakan secepat mungkin agar tr.agedi seumpama ini tidak berulang,” katanya.

Najib menambah, Tajuddin juga berjanji meletak jawatan sebaik sahaja Majlis Tertinggi UMNO mengarahkan semua ahlinya untuk meletakkan jawatan pada masa sesuai seperti keputusan Perhimpunan Agung UMNO beberapa bulan lalu..

“Saya berterima kasih pada Tajuddin yang merupakan sahabat lama saya sebab terbuka hati dengan nasihat dan teguran saya,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber: Utusan/Awani

Be the first to comment on "Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditam4tkan serta-merta, ini surat yang tul4r dari Kementerian Kewangan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*