“Saya Akui Tidak Menjaga Sensitiviti Berbilang Kaum …” – Niat Nak Bergurau, Ryzal Duriankimchi Mohon Maaf H!na Pakaian Tradisional Kaum Iban

Personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran kenyataannya mengh1na pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.

Kata Ryzal, dia mengakui tindakan yang dianggap sekadar gurauan itu telah menggur1s hati rakyat Malaysia terutama kaum Iban.

“Saya buat salah, saya bertanggungjawab. Kaum Iban, saya mohon maaf. Saya faham, semua marah dan kec3wa dengan perkongsian sensitif gurauan saya dan Maryam yang menggur1skan hati rakyat Malaysia khususnya kaum Iban di Sarawak.

“Saya akui tidak menjaga sensitiviti berbilang kaum di Malaysia, maka saya bertanggungjawab ke atas tutur kata dalam gurauan saya,” katanya.

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Ryzal telah memuat naik sebuah rakaman video bagi menjernihkan situasi yang sudah tegang.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

Tambahnya, dia tidak berniat untuk menghina ketika bergurau senda bersama isteri, Maryam namun sedar kelakuannya kali ini telah melamp4ui bat4s.

Justeru, Ryzal berasa kesal dengan tindakan tidak cerdiknya itu yang tidak menghormati budaya kaum tersebut.

“Tiada sebesar zarah pun niat saya untuk mengh1na, apatah lagi mencetuskan perb4lahan. Saya betul-betul bergurau dengan isteri namun kali ini ia melebihi batas.

“Saya mohon maaf atas gurauan tidak cerdik berkenaan pakaian tradisional Iban tadi. Saya kesal dengan gurauan tidak menghormati budaya itu.

“Kepada rakan-rakan yang mengenali, saya minta maaf sekali lagi andai gurauan itu sungguh mengec3wakan,” katanya lagi.

Pada Rabu, Ryzal telah berkongsi sepotong video merakamkan gelagat isterinya Maryam yang sedang bersiap-siap mengenakan pakaian tradisional suku kaum Iban yang terkenal di Sarawak.

Tindakan spontan Ryzal yang mengatakan busana tradisional itu seperti kain meja, alas televisyen tahun 70-an dan kain buruk mesin basuh telah mencetuskan ketegangan dan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial.

Sebelum ini, Ryzal pernah terpalit dengan penulisan komen kualiti kerjaya peguam susulan kes mahk4mah Neelofa minggu lalu.

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "“Saya Akui Tidak Menjaga Sensitiviti Berbilang Kaum …” – Niat Nak Bergurau, Ryzal Duriankimchi Mohon Maaf H!na Pakaian Tradisional Kaum Iban"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*