Ig Ibu Neelofa Did4kwa Muat Naik Status Biad4p. Noor Kartini Mohon Maaf Pada Istana Johor, Tunku Idris Ingatkan Adab Tidak Boleh Dijual Beli

KUALA LUMPUR : “Sesungguhnya adab itu tidak akan boleh didapati dengan jual beli, akan tetapi ia adalah suatu yang terbit di dalam hati setiap insan yang dididik dengan baik…

Itu adalah antara rantaian kata yang dimuat naik Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim di akaun Instagram beliau pada Ahad.

Hantaran itu dipercayai ada kaitan dengan sebuah tangkap layar (screenshot) dari akaun Instagram @noorkartini iaitu milik Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga ibu kepada selebriti kontr0versi, Noor Neelofa Mohd Noor.

Dalam tangkap layar tersebut, menunjukkan imej dan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkaitan isu cadangan sekatan penuh bersasar bagi menangani kebimbangan lonjakan penular4n C0VID-19.

Bagaimanapun, disertakan sekali dalam imej itu, kata-kata yang mempertikai niat dan saranan Sultan Johor tersebut.

Warga maya yang tidak berpuas hati dengan gaya bahasa yang digunakan itu, telah menularkan tangkapan skrin itu hingga mendapat perhatian Tunku Idris.

Pada masa yang sama, hantaran berkenaan di Instagram Story Noor Kartini itu sudah dipadamkan.

Pada petang Ahad, Astro AWANI telah menerima mesej di aplikasi WhatsApp berhubung isu berkenaan daripada pihak pengurusan Neelofa, bagi pihak Noor Kartini, yang cuba menjelaskan perkara tersebut.

“Berhubung tangkap layar daripada media sosial (Instagram story) saya yang tersebar berkenaan sistem Raja Berpelembagaan di Malaysia, saya ingin jelaskan, perkara tersebut berlaku atas kecu4ian salah seorang pekerja saya yang mempunyai akses kepada media sosial (Instagram) saya,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, individu yang dimaksudkan itu merupakan pengurus media sosial di Noor Khan International Sdn Bhd yang secara tidak sengaja telah memuat naik Instagram Story tanpa menyedari menggunakan @noorkartini.

“Saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail berhubung perkara ini dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.

“Kepada Istana Negeri Johor terutamanya DYMM Tuanku Sultan Johor dan seluruh ahli keluarga Diraja, patik merafak sembah memohon maaf di atas kecu4ian yang terjadi,” kata kenyataan tersebut.

Akaun milik Noor Kartini juga telah memuat naik keyataan maaf berkenaan.

Berikut sedikit info mengenai Ibu Neelofa

Datin Noor Kartini Noor Mohamed yang juga lebih dikenali sebagai Noor Kartini merupakan ibu kepada usahawan, pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa.

Beliau yang merupakan antara pemilik perniagaan Naelofar Hijab yang diusahakannya bersama keluarga, antara lain turut menghasilkan produk berjenama Young & Glow Foundation.

Biodata

Nama sebenarnya, Noor Kartini Noor Mohamed.

Lebih mesra disapa dengan panggilan Datin Tini.

Lahir pada 8 Julai 1966 di Pasir Mas, Kelantan.

Berumur 54 tahun.

Berdarah keturunan Pakistan dan Arab.

Bergelar isteri kepada Datuk Abdul Halim Khan Lall Khan.

Terdahulu, beliau mendirikan rumah tangga dengan Mohd Noor, namun hubungan itu tidak bertahan lama dan berakhir dengan perceraian.

Mempunyai sembilan orang zuriat.

Laman sosial Instagramnya yang didaftarkan atas nama @noorkartini sehingga kini mencatatkan lebih 290,000 pengikut.

Fakta Menarik

Merupakan antara pemilik perniagaan Naelofar Hijab yang diusahakannya bersama keluarga, dan anak-anak.

Turut mengasaskan produk Young & Glow Foundation.

Antara anaknya yang dikenali umum termasuk pengacara dan pelakon Neelofa, Ameera Khan (instafamous), Athisha Khan (instafamous) dan Noor Nabila (usahawan).

Beliau yang mempunyai raut wajah yang awet muda ini dikenali sebagai seorang yang berjiwa penyayang, tabah dan cekal dalam mengharungi liku-liku kehidupan.

Sumber: astroawani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Ig Ibu Neelofa Did4kwa Muat Naik Status Biad4p. Noor Kartini Mohon Maaf Pada Istana Johor, Tunku Idris Ingatkan Adab Tidak Boleh Dijual Beli"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*