#OhAbeNik: Satu Set Ngepan Iban Cecah RM10,000, Uniknya Pakaian Tradisional Sarawak Ni…

Sebagai bekas artis budaya, Abe Nik diperkenalkan dengan pelbagai kostum kebangsaan dalam usia yang lebih awal. Mujur, didikan itu sedikit sebanyak membuka minda bahawa Malaysia bukan hanya terdiri daripada etnik Melayu, Cina & India semata-mata!

Pended4han itu menjadikan Abe Nik lebih sensitif dan berhati-hati. Amat pantang jika pakaian tradisional diinjak-injak, diperlek3hkan dan dih1na sembarangan.

Baru-baru ini tul4r video Instafamous Ryzal Ibrahim yang popular dengan saluran Duriankimchi, yang menyifatkan pakaian Ngepan Iban umpama kain buruk, alas televisyen dan duit syiling.

Benar itu gurauan, sepertimana sering kita lihat caranya bergurau dengan isterinya, Maryam You Narae, namun hal itu telah menggvris hati ramai dan menyentuh sensitiviti kaum Iban di Sarawak.

RM10,000

Abe Nik tertarik dengan satu hantaran seorang pengguna bernama Aliff Leav di Facebook, bercerita tentang uniknya Ngepan Iban.

“Tahukah korang satu set pakaian ni harga dia mencecah RM10,000 atau belasan ribu ringgit? Belum lagi jenis yang diperbuat dari perak dan tembaga. Bayangkan berapa harganya korang rasa?

“Duit siling yang korang tengok tu, duit dulu-dulu biasanya guna siling perak. Berbeza bangsa atau suku kaum yang lain, pakaian tradisional kaum Iban agak berat. Berat boleh mencecah 10kg-30kg.

“Nak memiliki pakaian tradisi ni bukan semua berkemampuan. Jangan katakan untuk memiliki, yang ada pun belum tentu akan berani atau berbaik hati untuk bagi pinjam…

“Persalinan yang lengkap macam ni jarang sekali untuk dipamerkan kepada umum. Nak sewa?? Biasanya seawaan adalah RM1,000 – RM3,000 untuk sewaan 1 majlis,” tulisnya.

Mitos

Malah katanya, berdasarkan mitos setiap corak tenunan itu bukan sesiapa boleh buat, nyawa menjadi taruhan tukang tenun! Setiap corak itu pun mempunyai makna tersendiri.

Kongsi artis kelahiran Sarawak, Faye Kusairi pula, penenun akan masuk ke hutan untuk mencari bahan pewarna corak benang untuk ditenun dan corak itu hanya dijelmakan dari mimpi mereka.

Malah, setiap aksesori penuh Ngepan Iban punyai nama tersendiri setiap satunya dan melambangkan makna tertentu.
 
Di Sarawak pun ada pelbagai kaum yang masing-masingnya punyai pakai tradisional tersendiri. Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu dan banyak lagi yang kita semua harus hargai dan sanjungi!
 
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zee Avi🌺 (@zee.avi)

 
Jadi, hormatilah apa sahaja pakaian tradisional tak kira bangsa di Malaysia atau luar negara kerana ia merupakan asal-usul peradaban sesuatu kaum.
Sempena perayaan Hari Gawai, Abe Nik ucapkan Selamat Hari Gawai kepada semua yang meraikannya.
 
Gayu Guru Gerai Nyamai. Stay safe, stay well.
 
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang isu semasa, gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
 
Sumber:Gempak

Be the first to comment on "#OhAbeNik: Satu Set Ngepan Iban Cecah RM10,000, Uniknya Pakaian Tradisional Sarawak Ni…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*