Lepas 26 Jam, Ain Edruce Berbal0i Jvmpa Soraya

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce akhirnya memperkenalkan cahaya mata pertamaya kepada umum selepas hampir dua minggu mel4hirkan.

Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce, 30, gembira mengumumkan nama puterinya yang pendek dan ringkas sebagai Soraya.

“Soraya maksudnya cantik.

“Nama bapa dia pun panjang ada tiga perkataan jadi kita beri nama anak sebagai Soraya satu perkataan sahaja.

“Sebenarnya ramai kawan-kawan yang tanya nak tengok gambar anak dan ketika itu ia masih sangat kecil. Jadi kini saya dedahkan bukan untuk menunjuk atau apa..hanya sekadar berkongsi,” katanya.

Ain dan suami Muhammad Amirul Hafiz memperkenalkan anak mereka dalam sebuah video yang dimuat naik ke laman YouTube.

Menerusi video yang berjudul Meet Our Baby itu, Ain dan suami turut berkongsi pengalaman mel4hirkan anaknya.

Ain mendedahkan perjalanan melahirkan anak pertanya sangat panjang iaitu 26 jam serta terpaksa mengambil tiga kali induce serta epidural.

“Journey nak mel4hirkan dia memang sangat lama, dalam 26 jam tapi rasa macam 2 hari.

“Masa tu saya sudah 39 minggu, doct9r sampai terpaksa induce untuk keluarkan baby sebanyak tiga kali.

“Namun saya boleh katakan epidural sangat membantu saya untuk menikm4ti proses bers4lin itu dengan sangat tenang,” ceritanya.

Pun begitu, Ain akui ia sangat berbaloi selepas melihat wajah anaknya buat pertama kali.

“Saya terpaksa mencuba selama satu jam untuk mengeluarkan baby dan akhirnya saya meminta supaya doctor vakum baby kerana posisi kepalanya agak senget ketika hendak keluar.

“Alhamdulilah walaupun sedih tengok kepala baby agak lonjong pada mulanya itu tapi selepas melihat wajahnya saya rasa gembira dan sangat berbaloi,” katanya.

Ain selamat melahirkan Soraya di sebuah hospit4l swasta di Subang Selalngor pada 19 Mei lalu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2019.

 

Sumber:Gempak

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : http://www.dnq.pw/

Be the first to comment on "Lepas 26 Jam, Ain Edruce Berbal0i Jvmpa Soraya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*