Garangnya! Amyra Rosli Dedahkan Situasi Di Set Penggambaran Apabila Pengarah Bawa Rotan

Drama Sabarlah Duhai Hati telah melabuhkan tirainya apabila episod terakhirnya sudah ditayangkan baru-baru ini.

Pelakon utamanya, Amyra Rosli telah berkongsi kisah ketika di set penggambaran bersama dengan pengarah drama itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Madam Amyra (@aamyrarosli)

Menurut Amyra, pengarahnya yang dikenali dengan nama Pali Yahya membawa rotan di set penggambaran, dan ada masanya beliau mencubit lengan pasukannya itu.

Jgn main2 dgn baju belang2 tu eh.. kitorg dlm scene nangis2 meleleh air hingus semua tu bkn sbb feel dialog, sbb takut director tu haaa bawak rot4n.. kalau x rot4n kena cub1t halus kat lengan.. cuba korg perhati je director kitorg tu, habis semua org dia menyakat..lawak la abg @paliyahyalatest ni 😂

Namun Amyra tetap merasakan pengarah tersebut ialah seorang yang menghiburkan.

Sementara itu, pelakon berkenaan mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan Sabarlah Duhai Hati, juga menyatakan penghargaan buat para penonton yang menyokong mereka.

“Anyway,

To my co-director @eez77 sorry banyak gelak kt set.. hahaha..

To all yg terlibat dlm drama ni thanks so so so much.. maaf kalau ada salah silap ya 🌹

Also thanks kepada yg menonton dr awal sampai habis.. love u all 🌹🌹

#sabarlahduhaihati”

Nampak meriah pula suasana ketika penggambaran, baru la best nak bekerja kalau macam ni, kan?

Sumber: Instagram Amyra Rosli dan Pali Yahya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Hot Fm

Be the first to comment on "Garangnya! Amyra Rosli Dedahkan Situasi Di Set Penggambaran Apabila Pengarah Bawa Rotan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*