Ramai yang kec3wa bila pasukan Malaysia kalah menentang dengan Uae. Akhirnya jurulatih bongk4rkan sebab kenapa bagi De Paula main 90 minit.

Pemain naturalisasi, Guilherme De Paula menjadi sasaran utama kritikan peminat bola sepak tempatan susulan kekalahan 0-4 Harimau Malaya di tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, awal pagi tadi.

Rata-rata peminat menganggap pemain kelahiran Brazil itu tidak beraksi bersungguh-sungguh dalam aksi penting itu dan ada yang melabelnya sebagai pemalas di atas padang. Malah, berdasarkan komen di Facebook,

ada warganet yang meminta kerakyatan De Paula dilucutkan selain ada yang mendesak jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menukar pemain itu dengan pemain lain yang lebih bersemangat tinggi.

Srangan peminat ke atas De Paula bermula sejak perlawanan dengan UAE masih belum berakhir sejak malam tadi yang menyaksikan dia gagal menyumbang impak yang diharapkan selaku pemain import Harimau Malaya.

Selain itu ada warganet yang dilaporkan sanggup menyunting gambar De Paula dan meletakkannya dalam status untuk dilelong dalam salah satu portal e-dagang terkemuka tempatan dengan harga RM 2.76.

Ramai yang membandingkan aksi De Paula dengan Syafiq Ahmad yang dianggap bermain lebih agresif dan memiliki semangat lebih tinggi. Pelayar Facebook yang menggunakan nama Hedy Cool menulis: “Satu pembaziran bagi mykad kat diaorag tu… Takde function (fungsi) langsung… Buat menyemak atas padang je…”

AbgAm Gurun pula menulis komen: “Import dgn tempatan sama level saja..baik tempatan yang main..ada semangat juang juga.. import lari pun malas dah mcm sawa telan kambing..”

Ada Sebab Kekalkan Beliau

Pengendali negara, Tan Cheng Hoe mempertahankan keputusannya yang mengekalkan pemain naturalisasi, Guilherme de Paula selama 90 minit ketika Malaysia tewas 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Zabeel, Dubai, awal pagi tadi.

Katanya, strategi untuk tidak menukarkan De Paula khususnya pada babak kedua adalah kerana percaya kelebihan fizikal dimiliki pemain Brazil itu mampu membawa kelebihan kepada pasukan.

“Mungkin kita percaya dengan dari segi fizkikal De Paula, dan kita tahu De Paula mempunyai penyudah yang baik dan sebab itu kita perlu fikir positif. “Kerana kita mungkin waktu itu ketinggalan 1-0 dan mungkin kita boleh dapat gol penyamaan melalui De Paula. Sebab itu kita kekal dia dalam sepanjang perlwanan semalam,” kata Cheng Hoe pada sesi media secara maya hari ini.

Aksi kurang memuaskan De Paula nyata menimbulkan kritik4n peminat terhadap pemain baharu, Johor Darul Ta’zim (JDT) itu terutamanya di laman sosial. Malah, ramai yang mempersoalkan tindakan Cheng Hoe yang masih menyimpan bekas ayam tambatan Perak dan Kuala Lumpur itu dengan sebaliknya menukar pemain di posisi lain.

Pada aksi itu, skuad negara yang diperkuatkan tiga pemain naturalisasi serta tiga tonggak warisan masih gagal memberi tentangan apabila tewas 0-4 menerusi dua jaringan Ali Makhbout dan dua lagi oleh peny.erang naturalisasi dari Brazil, Fabio Lima Malaysia akan meneruskan kempen menntang Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) selepas ini.

Kredit : BH/HM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://greatdailynews.com/

Be the first to comment on "Ramai yang kec3wa bila pasukan Malaysia kalah menentang dengan Uae. Akhirnya jurulatih bongk4rkan sebab kenapa bagi De Paula main 90 minit."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*