50 Selebriti Di Program Realiti, Netizen Bandingkan Dengan Kapasiti Kehadiran Jemaah Masjid

 

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada para jemaah yang ingin menunaikan solat berjemaah di masjid. Hanya 12 orang sahaja dibenarkan berjemaah dan ianya terhad kepada pegawai masjid dan Ahli Jawatan Kuasa (AJK).

Namun, menjadi persoalan dalam kalangan netizen baru-baru ini apabila terdapat seramai lebih 50 orang juri yang terdiri daripada selebriti dikumpulkan dalam satu tempat dalam sebuah rancangan realiti.

Program 50 orang juri

 

All Together Now Malaysia merupakan sebuah program realiti yang diadaptasikan dari Brit1sh (All Together Now) di mana program ini mengumpulkan 50 orang juri dalam kalangan penyanyi, pelawak, penyampai radio, influencer dan wartawan hiburan untuk mencari penyanyi baharu yang berbakat besar. Peserta perlu menampilkan persembahan yang terbaik untuk mencuri hati barisan 50 juri ini dalam melayakkan mereka ke peringkat seterusnya pula. Hanya seorang peserta sahaja yang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM50,000.

Jemaah di masjid hanya 12 orang saja?

 

 

Namun bagaimanapun, rancangan berbentuk hiburan yang diterbitkan oleh salah satu stesen televisyen tempatan itu telah mengund4ng kecam4n penonton. Walaupun rakaman program tersebut dikatakan dilakukan sebelum Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, ada yang mempertikaikan kehadiran dan jumlah selebriti yang ramai dalam satu masa.

Pihak produksi bagaimanapun telah mengambil langkah pencegahan dengan meletakkan cermin penghadang namun kadangkala ada di antara mereka yang bergerak ke tempat rakan selebriti lain.

Mana SOP?

Sementara itu, pengguna media sosial di platform TikTok pula mempersoalkan SOP yang didakwa tidak dipraktiskan oleh 50 selebriti ini. Beberapa pertikaian yang dipersoalkan termasuklah tidak memakai pelitup muka atau face shield, dan tiada penjarakan sosial 1 meter sepertimana disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sumber: Facebook

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Oh Bulan

Be the first to comment on "50 Selebriti Di Program Realiti, Netizen Bandingkan Dengan Kapasiti Kehadiran Jemaah Masjid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*