Ruangan Komen Instagram Azira Shafinaz Dibanjiri Nama ‘Mamu’, Netizen Bantu ‘Kenenkan’ Dengan Sharnaaz Ahmad

Beberapa minggu ini memang agak kech0 di media sosial apabila Sharnaaz Ahmad dilihat seperti cuba ‘dikenenkan’ dengan penyanyi Azira Shafinaz di Instagram. Semua bermula apabila sahabat baiknya, Shukri Yahya yang juga merupakan seorang pelakon mula mengusik Sharnaaz bersama dengan Azira.

Terkini, menjenguk ke ruangan komen di Instagram Azira, giliran wargamaya pula menyeru nama Sharnaaz. Panggilan ‘Mamu’ yang mesra dengan Sharnaaz mula membanjiri ruangan komen dalam setiap hantaran Instagram si cantik, Azira.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Azira Shafinaz | DE FAM (@azirashafinaz)

Rata-rata menanti dengan keterujaan komen daripada Mamu yang selalunya akan menghantar emoji hati berwarna merah serta berbalas komen dengan Azira. Bagaimanapun, sehingga kini masih tidak kelihatan sebarang komen daripada Mamu di ruangan komen Instagram Azira sehingga ia menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat. 

Tapi tak apalah, mungkin masing-masing masih belum bersedia untuk ke arah yang lebih serius, dan bak kata Azira mereka hanya berkawan sahaja. Namun berbeza pula dengan harapan peminat yang mahu melihat mereka bersama. Mungkin kelihatan cocok bersama.

Apa-apa pun, buat peminat teruskan menanti komen daripada Mamu dan doakan yang terbaik buat mereka.

 

Sumber daripada: Kosmo

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Kool Fm

Be the first to comment on "Ruangan Komen Instagram Azira Shafinaz Dibanjiri Nama ‘Mamu’, Netizen Bantu ‘Kenenkan’ Dengan Sharnaaz Ahmad"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*