Wanita ini terp4ksa l4hir anak di sekatan jalan raya, Lans Koperal ceritakan apa yg berlaku

Kota Samarahan: Wanita selamat mel4hirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan, malam tadi.

Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS).

Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bers4lin.

“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah mel4hirkan anak.

“Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan.

“Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kel4hiran bayi itu.

“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya.

Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat r4watan lanjut.

Rata-rata netizan tumpang gembira dengan kel4hiran cahaya mata ini

“Allahuakbar. Sejarah tercipta semasa c0v1d 19. Tahniah buat pasangan suami isteridapat baby dn terbaik utk dua anggota polis wanita yg boleh menjadi ibu angkat kpd baby tersebut. Nanti buat kenduri kesyukuran antaq nasi bungkus kt Ipd Samarahan”

“Jadi anggota polis ni, memang kena tahu byk skill kan, especially bila dtgnya kes~kes kecemasan mcm ni. Mcm anggota bomba jgk. Bukan sekadar memadam api kebakaran aje, malah api kemar4han org gile meng4muk, api panahan cinta x dilayan lalu nk terjun bgunan, kucing atas bumbung x dpt nk turun, dan mcm~mcm lg.. Kumpulan cikgu jgn ceritalah… 1001 peranan yg mereka boleh act. Mcm~mcm skil mereka ada… Apa pun tahniah kpd seluruh anggota keselamatan negara Malaysia. Anda hebat!!!”

Berikut adalah beberapa tips bersalin secara normal yang boleh diamalkan oleh anda yang sedang meng4ndung.

1. KUASAI TEKNIK PERNAFASAN

Menjelang kel4hiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Dengan cara ini, anda mampu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Menurut BabyCenter, teknik pernafasan beritma boleh membantu menghadapi proses bers4lin yang mudah.

Antara cara yang boleh anda praktis adalah seperti berikut:

Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan ini. Jangan biarkan tarikan nafas menjadi lebih panjang daripada hembusan. Dalam keadaan apa sekalipun, hembusan nafas sepatutnya lebih panjang daripada tarikan nafas.

2. SENAMAN KEGEL / SENAMAN LANTAI PELVIK

Menurut laman web perubatan MayoClinic, senaman dapat membantu anda membina kekuatan dan stamina. Antara senaman yang paling disarankan adalah senaman Kegel atau senaman lantai pelvik kerana ia memfokuskan pada bahagian peranakan wanita.

Cara melakukan senaman Kegel sangat mudah dan anda boleh melakukannya di mana saja, walaupun semasa menghadap komputer di pejabat!

Berikut adalah cara melakukan senaman Kegel:

Kemutkan otot pelvis seperti tindakan men4han kenc1ng.

Tahan selama 5 saat

Lepas tu, anda lepaskan perlahan-lahan dan rehat

Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari.

Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan

Senaman lantai pelvik juga boleh dilakukan dan amat bermanfaat untuk anda yang bakal melahirkan. Antaranya adalah posisi ‘The Bridge’ seperti dalam gambar di bawah:

3. CARA MENERAN YANG BETUL

Belajar cara meneran dengan betul adalah penting untuk mengelakkan koyakan perineum atau episiotomi. Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan tidak seharusnya meneran sebelum mendapat insyarat daripada doktor kerana ia boleh mencederakan bahagian perineum.

Ketika hampir bers4lin, praktiskan posisi ini bersama suami. Ini kerana, mungkin anda akan panik dan suami boleh membantu untuk ingatkan kita teknik yang betul.

Rapatkan dagu ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Biarkan belakang badan anda menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Semasa datangnya kontraksi, tarik naf4s dan teran selama yang boleh. Lakukan 2-3 kali dalam satu tempoh kontraksi.

Perlu diingat, meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggvng seperti membuang air besar. Ketika kepala bayi mula kelihatan, teruskan meneran dan kawal perlahan-lahan untuk mengelakkan koy4kan besar.

Elakkan mengangkat punggvng ketika meneran kerana ia boleh mengakibatkan koy4kan! Pegang pergelangan kaki agar punggvng tidak terangkat ketika mener4n.

 

sumber: hmetro

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Wanita ini terp4ksa l4hir anak di sekatan jalan raya, Lans Koperal ceritakan apa yg berlaku"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*