Bayi tertukar sampai suami isteri terganggu em0si, sanggup sel0ngkar samp4h cari bukti sebab dah mula rasa sayang “tengok anak kami, teringat yang satu lagi”

BELUM pun cukup setahun mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri berdepan dug4an apabila cahaya mata sulung mereka yang baru lahir tertukar dengan anak orang lain.

Begitulah yang dialami Muhammad Khairulazman Moh Pardon dan isterinya, yang hanya menyedari pertukaran itu selepas hari kedua mereka membawa pulang bayi ke rumah.

Lelaki berusia 27 tahun itu berkata, isterinya melahirkan anak lelaki menerusi pembed4han di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor, pukul 3 petang 10 Jun lalu.

“Saya ada ambil gambar anak pada hari pertama kelahiran 10 Jun, mata dia bulat dan jelas nampak. Ada juga ambil gambar esoknya 11 Jun, tapi kami tengok muka bayi macam lain.

“Perbezaan ketara adalah pada mata. Kami tidak syak apa-apa kerana mungkin selepas sehari bayi tu banyak tidur, jadi mata dia lebih mengecil,” katanya kepada mStar, sambil menambah isterinya dibenarkan keluar dari hospital pada petang 11 Jun sebelum membawa pulang bayi ke rumah.

Anak sulung Khairul dan isteri dilahirkan pada 10 Jun 2021.

Namun dia yang lebih dikenali sebagai Khairul berkata, mereka menerima panggilan mengejutkan daripada pihak hospital pada Sabtu malam (12 Jun) memaklumkan tentang bayi mereka yang tertukar.

“Pihak hospital call tanya sama ada kami periksa tag (tanda nama) di kaki bayi atau tak. Kami kata tak check sebab tag pada stroller bayi di hospital adalah nama isteri saya.

“Kebetulan samp4h belum lagi dibvang, jadi kami cari tag tu. Mula-mula kami tak percaya (bayi tertukar) tapi bila tengok tag tu bukan nama isteri saya, kami terus beremosi lebih-lebih isteri saya sebab dia baru lepas bers4lin,” ujarnya yang menetap di Shah Alam.

Khairul berkata, dia dan isteri yang berusia 23 tahun tidak mempunyai pengalaman menimang cahaya mata selepas berkahwin pada Julai 2020.

“Kedua-dua belah keluarga kami pula di Johor, dan hanya kami tinggal berdua. Kami bawa balik bayi tu dah dua hari, sudah tentu kami dah sayang bayi tu.

“Isteri saya men4ngis, sampaikan kami tak percaya perkara ni boleh terjadi. Sepatutnya kami dapat servis yang terbaik sebab kami bayar,” ujarnya.

Foto kiri menunjukkan Siti Jamumall selepas melahirkan bayi, manakala foto kanan Siti Jamumall selepas dipertemukan semula anaknya.

Menurut Khairul, dia bagaimanapun kesal apabila mendakwa alasan yang diberikan pihak hospital berhubung insiden pertukaran bayi itu adalah kerana ‘terlepas pandang’.

“Kalau sekali mereka terlepas pandang di pihak anak saya, macam mana pula anak saya boleh keluar dari hospital dan dibawa balik ke rumah orang lain.

“Bagi saya kecua1an ini tidak boleh diterima. Kami buat laporan polis berhubung kejadian dan masih belum memikirkan untuk melakukan tindakan selanjutnya,” katanya.

Kami dah sayang bayi tu (anak orang lain). Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu.

Dia bagaimanapun amat bersyukur kerana pasangan suami isteri yang membawa pulang anak kandung mereka yang sebenar tergerak hati untuk memeriksa tanda nama pada kaki bayi yang dibawa pulang sehingga terungkainya kes pertukaran bayi.

“Kalau tanya perasaan, kami dah sayang bayi tu (anak orang lain), hari pertama dah bawa dia balik ke rumah. Semalam tengok anak (kandung) kami, teringat bayi yang satu lagi.

“Tapi kami bersyukur terima bayi ini sebagai anak kandung kami. Cuma emosi kami terganggu terutama isteri. Alhamdulillah anak kami sihat.

“Alhamdulillah juga kami mempunyai silaturrahim dengan keluarga di sebelah sana apabila kedua-dua bayi telah disusukan oleh isteri saya dan puan tu. Mereka berdua dah jadi adik-beradik,” katanya.

Terdahulu, mStar melaporkan seorang wanita berusia 22 tahun berdepan detik cemas apabila menyedari anaknya yang baru dilahirkan tertukar dengan bayi orang lain, selepas suaminya mendapati tanda nama pada bayi tersebut bukan tertera namanya sebagai ibu.

Khairul (kiri) dan isteri (dua, kiri) bersama Siti Jamumall (dua, kanan) dan suami bersama bayi masing-masing. foto FB Jamumall.com

Wanita berkenaan, Siti Suriani Wahiddin berkata, dia dan suami menghubungi pihak hospital berhubung perkara itu sebelum bergegas ke hospital pada Sabtu malam (12 Jun) dan kemudian mendapat pengesahan berlaku pertukaran bayi.

Siti Suriani yang lebih dikenali sebagai Siti Jamumall turut membuat laporan polis dan mendapatkan khidmat nasihat guaman untuk tindakan lanjut berhubung kejadian.

Dilaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dipetik sebagai berkata, laporan berkenaan dibuat oleh suami kepada Siti Suriani iaitu satu daripada pasangan yang terlibat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 9 pagi Ahad.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber: mstar online

Be the first to comment on "Bayi tertukar sampai suami isteri terganggu em0si, sanggup sel0ngkar samp4h cari bukti sebab dah mula rasa sayang “tengok anak kami, teringat yang satu lagi”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*