“Kecil2 Cili P4di!” Ramai Kagvm Lihat Kan4k2 Teb4r R0ti Canai Bantu Keluarga Meni4ga

Ibu bapa digalakkan membentuk anak-anak ketika kecil kerana di waktu itu minda kanak-kanak mudah untuk menerima teguran serta belajar perkara baru.

Umpama pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitulah seperti kisah seorang kanak-kanak yang rajin menolong keluarganya berniaga di sebuah gerai roti canai tepi jalan ini.

Menerusi sebuah video yang dikongsi di aplikasi TikTok oleh Zainy Hazmat, kelihatan seorang kanak-kanak sedang gigih membantu keluarganya menyediakan roti canai buat para pelanggan yang ramai.

Siapkan roti canai untuk pelanggan

Dalam video itu, dia dilihat begitu mahir menguli doh serta menebar roti canai sebelum dimasak di atas kuali rata. Biarpun masih kecil, tak dapat dinafikan bahawa skil menebar roti canai dia memang power!

Hasil didikan ibu bapa

Menurut perakam video tersebut, dia turut memuji didikan ayah kanak-kanak itu yang telah berjaya membentuk keperibadaan seorang anak soleh sepertinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan terharu melihat kerajinan serta kemahiran kanak-kanak terbabit.

Hebat kau dik, kecil2 dah pandai tolong keluarga

Semoga jadi anak yang soleh

Anak itu diibaratkan seperti kain putih. Ibu bapalah yang bertanggungjawab mencorakkannya sama ada baik atau buruk keperibadiannya kelak.

 

Sumber: TikTok Zainy Hazmat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.klmetro.pw/

Be the first to comment on "“Kecil2 Cili P4di!” Ramai Kagvm Lihat Kan4k2 Teb4r R0ti Canai Bantu Keluarga Meni4ga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*