“Bahagia Dengan Suami…Ada Baby Lagi Lah” Dis0al Menyesal Populariti Jatuh, Ini Jawapan Mira Filzah

Jika dahulu sebelum berkahwin, disoal bila hendak bertemu jodoh namun apabila sudah diijabkabul ditanya pula adakah berasa bahagia bersama pasangan.

Itulah soalan-soalan kontr0versi yang sering dihujani oleh warganet buat selebriti-selebriti terkenal apabila berjaya melakar nama di persada seni, setiap keputusan yang dibuat haruslah dititikberatkan agar tidak menjejaskan kerjaya lakonan mahupun nyanyian mereka.

Hal yang demikian merupakan perkara yang agak mencabar kerana tanpa peminat kerjaya artis itu tidak mustahil boleh terkvbur begitu sahaja.

Memuat naik hantaran di Insta Story, pelakon Mira Filzah tampil menjawab ‘soalan panas’ yang diajukan oleh peminatnya mengenai d4kwaan hilang populariti selepas berkahwin.

Menerusi hantaran yang dimuat naik itu, Mira Filzah jelas tenang menjawab soalan-soalan peminatnya yang menanyakan adakah dia sudah menjangkakan jika d4kwaan bahawa dirinya bakal hilang populariti selepas berkahwin.

“Bergantung pada korang nak menilai bagaimana dari sudut populariti itu, Mira rasa Mira dah push kuat sangat sejak tahun 2016 sampai 2019. Kerja dan kerja, Shooting back to back, non-stop, bila dah kahwin ni Mira sendiri rasa Mira patut susun jadual dengan lebih baik agar ada ruang dan masa untuk suami dan keluarga”

Sukar sebenarnya untuk menduga setiap pandangan orang ramai, namun selalunya akan ada satu tanggapan dimana seseorang selebriti itu akan kurang popular dan  hilang peminat apabila mereka membuat keputusan untuk berkahwin.

“I have to limit myself from shooting and i am happy to do that. Mira Happy ada masa bersama suami. In sha Allah kalau ada nanti rezeki, ada baby lagi lah…”

Menjawab dakwaan berkenaan, Mira Filzah menjelaskan dia sememangnya sudah membuat keputusan untuk lebih memberi ruang kepada suami dan keluarganya, mengetahui bahawa selebriti ini sebelum ini sememangnya merupakan individu yang sibvk dengan kerjaya lakonan namun apabila sudah berkahwin, nikmat bersama suami itu merupakan detik terindah buatnya.

Status perkahwinan seharusnya tidak menjadi penghalang buat seseorang untuk terus berjawab kerana janji Allah itu pasti, ada kalanya rezeki itu datang daripada segi wang ringgit namun nikmat sebagai pasangan suami isteri itu juga merupakan kurniaan Tuhan yang tidak ternilai.

Semuanya bergantung kepda rezeki, tak semestinya berkahwin itu adalah penamat kepada kerjaya selebriti, apa yang pasti bakat yang ada pastinya mampu menambat hati para peminat.

Ditulis Oleh: Puteri Haideera Zuraidi

 

Sumber: Instagram Mira Filzah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

Be the first to comment on "“Bahagia Dengan Suami…Ada Baby Lagi Lah” Dis0al Menyesal Populariti Jatuh, Ini Jawapan Mira Filzah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*