“Bila Call Ayah Cakap Sempurnakan Kerja Di Sana Kerana Allah” – Sak1t Makin Berat, Ebit Lew Mohon Doakan Bapa

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan kesihatan bapanya.

Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram, Ebit memaklumkan kondisi bapanya kini berada pada tahap kurang memuaskan dan dijaga oleh abangnya.

Dalam entri yang sama juga, Ebit memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan bapanya.

“Pohon doakan ye. Sak1t ayah semakin berat. Sekarang di hospital di jaga oleh abang saya. Pohon doakan Allah hilangkan rasa sak1tnya dan beri cepat sembvh.

“Ya Allah sembuhkanlah ayah ku. Bila call ayah masa sedar, ayah cakap sempurnakan kerja di sana kerana Allah. Hidup ini satu perjuangan. Kadang dah tak sedar sangat. Ya Allah…

“InsyaAllah akan balik dalam masa terdekat. Doakan yer semuanya,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Difahamkan, pendakwah kesayangan ramai ini masih lagi belum pulang ke tanah air kerana melaksanankan misi kemanusiaan di Gaza.

Sebelum ini, Ebit dilaporkan berlepas ke Mesir pada 25 Mei lalu untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dengan menyampaikan sumbangan kepada rakyat P4lestin yang terjejas akibat ser4ngan Isr43l.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata pendakwah berkenaan ke Mesir untuk misi tersebut bermula 25 Mei hingga 30 Mei 2021.’

Walaubagaimanapun, tidak pasti sama ada Ebit Lew masih berada di Mesir ataupun sudah memasuki

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat hero kesayangan ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : gempak

Be the first to comment on "“Bila Call Ayah Cakap Sempurnakan Kerja Di Sana Kerana Allah” – Sak1t Makin Berat, Ebit Lew Mohon Doakan Bapa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*