Wanita photoshop watak anime pada wajah pasangan, “Sangat tidak menghormati…”

Dari kecil kita telah biasa menonton kartun dan anime sehingga mampu jatuh hati dengan watak-watak dalam siri-siri kegemaran kita walaupun mereka hanya lukisan 2D.

Malah ramai mengaku bahawa crush pertama mereka adalah watak kartun atau anime seperti Detective Conan dan Abang Iz.

Tetapi sementara sesetengah orang tidak lagi berminat terhadap lelaki atau wanita 2D apabila mereka semakin membesar, ada juga yang kekal tertarik kepada watak animasi sehingga dewasa.

Malah mempunyai pasangan sebenar juga tidak akan menghalang peminat anime untuk tetap mengagungkan watak kegemaran mereka, seperti yang dilakukan seorang wanita ini.

Dalam sebuah posting yang tul4r, pengguna Twitter atas nama Sofea Orked itu telah berkongsikan gambarnya bersama pasangannya, tetapi apa yang mengundang lucu adalah dia telah menyunting muka lelaki tersebut dengan wajah watak anime kegemarannya.

Dengan menggunakan kemahiran Photoshop, wanita itu menukar wajah pasangannya dengan wajah Sukuna, watak antagonis dari anime Jujutsu Kaisen sehingga kelihatan seperti dia sedang bergambar mesra dengan watak anime itu.

Di samping ramai yang terhibur dengan perkongsiannya itu, ada juga yang berkongsikan komen masing-masing bergambar dengan watak anime kegemaran mereka menggunakan Photoshop.

“Bayangkan gf kau letak watak anime kat muka kau…”

“Sangat tidak menghorm4ti…”

“Kalau ada orang buat aku macam ni…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : HCL

Be the first to comment on "Wanita photoshop watak anime pada wajah pasangan, “Sangat tidak menghormati…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*