[VIDEO] Peng0rbanan suami… rela dirinya dis3ret van demi selamatkan isteri s4rat mengandvng – “Saya bisik nama ‘Yusuff’, terus dia tersed4k keluar d4rah”

DEMI kasih kepada isteri, seorang suami sanggup berkorban demi menyelamatkan insan yang disayangi meskipun ny4wa menjadi galang gantinya.

Begitulah kisah pasangan ini yang terlibat dalam kemalangan jalan raya, yang mana si suami mengal4mi keced3raan p4rah di kepala yang menyebab dirinya terl4ntar kira-kira empat bulan, sebelum akhirnya menghembvskan nafas terakhir.

Mengimbas kembali trag3di yang tidak dapat dilupakan seumur hidup itu, Fateha Najwa, 25, berkata meskipun sudah hampir dua tahun berlalu, namun kejadian pada 28 Ogos 2019 itu masih jelas di ingatannya.

“Selepas makan tengah hari, suami hantar saya pergi kerja dengan menaiki motosikal. Tiba di satu persimpangan lampu isyarat dekat Sungai Buloh, tiba-tiba sebuah van sekolah meluru dan kejadian berlaku dalam sekelip mata.

“Saya buka mata je, tengok-tengok dah terl4ntar atas jalan raya. Saya ced3ra ringan pada bahu, siku, dan lutut. Masa itu tercari kelibat suami sebab hairan, kalau jatuh motor, dia mesti datang cepat-cepat dan tanya keadaan saya.

Najwa sedang mengandvngkan anak bongsunya, Yusuff ketika kemal4ngan berlaku.

“Tapi dia tak datang pun. Kemudian barulah saya nampak sekujur tubuh berlumur4n dar4h. Saya bergegas pergi mendapatkannya, masa tu dia macam tak ada respon dah.

“Sambil men4ngis, saya bisikkan nama ‘Yusuf’ dekatnya banyak kali. Yusuf adalah nama yang dia pilih untuk bayi ketiga kami yang berusia lapan bulan dalam kandungan saya masa itu. Saya cakap ‘takkan abi nak tinggalkan saya? Tak nak tengok Yusuf dulu ke?’ Terus dia tersed4k keluar dar4h dari mulut. Saya pangku sampai ambul4ns tiba,” ujarnya.

Tambah wanita yang senang disapa sebagai Najwa ini, suaminya, Mohd Khairul Nizam Ramly dimasukkan ke zon merah dan ditempatkan di wad Unit Raw4tan Rapi (1CU).

Najwa turut dimasukkan ke wad untuk pemantauan memandangkan keadaannya yang s4rat meng4ndung pada ketika itu.

Kenangan Aidilfitri pada 2019.

“Selepas saja keluar wad, saya terus ke ICU. Doktor menerangkan bahawa melihat kepada keced3raan suami saya, keadaannya jadi macam tu sebab melindungi pemboncengnya. Mendengar sahaja kata-kata doktor, saya terus men4ngis. Rupa-rupanya suami lindungi saya sampai dia yang ters3ret,” kata ibu kepada tiga cahaya mata ini.

Menurut Najwa, suaminya mengalami keced3raan p4rah pada mvka dan kep4la serta bahagian paru-parunya turut terjejas impak kemal4ngan berkenaan.

Tiga bulan dir4wat di hospital, suaminya dibenarkan untuk pulang ke rumah namun masih terl4ntar di atas katil.

Saya rasa seperti ada orang perhati dari luar, ada terbau wangian, dan pernah mimpi arw4h suami men1nggal dunia.

FATEHA NAJWA

ISTERI

“Saya dengan ibu mentua menjaganya. Jika saya keluar bekerja, ibu mentua akan mengambil alih. Alhamdulillah, bayi bongsu kami selamat dilahirkan dan sempat berada di atas dada abinya.

“Selepas pulang kerja, saya akan ambil alih pula. Saya selalu bersembang, urut dan lap badannya,” cerita Najwa yang bekerja di sektor swasta.

Hanya sebulan dapat ‘meluangkan’ masa di rumah bersama keluarga, suami Najwa akhirnya menghembvskan nafas terakhir.

Suami Najwa menghembvskan nafas terakhir selepas empat bulan terl4ntar.

“Beberapa hari sebelum tu, suami demam dan ada ketika nafasnya tercungap-cungap. Pada 13 Disember 2019, malam tu saya bacakan Yasin… seolah-olah dapat rasa suami akan pergi meninggalkan kami.

“Sebelum masuk tidur, macam biasa kami anak beranak akan c1um dulu suami. Baru saja nak tidur, tiba-tiba saya dengar nafas suami seperti terhenti. Sudah tiba aj4l menjemput ketika itu.

“Sebenarnya ada banyak petunjuk yang saya alami sebelum itu. Saya rasa seperti ada orang perhati dari luar, ada terbau wangian, dan pernah mimpi arw4h suami men1nggal dunia. Tak sangka, ia menjadi kenyataan.

Najwa bersama Yusuff yang kini hampir berusia dua tahun.

“Sed1h namun saya reda. Arw4h memang seorang suami, anak dan abang yang baik untuk adik-adiknya. Selama berkahwin, arw4h akan dahulukan ibunya. Sanggup tolak tawaran kerja sebab nak jaga ibu selepas arw4h bapanya men1nggal dunia,” ujarnya.

Sama sekali tidak menyangka perkongsiannya tul4r di aplikasi TikTok sehingga menyentuh hati netizen, Najwa berkata video tersebut didedikasikan khas buat arw4h suaminya.

“Saya rangkumkan kenangan untuk disimpan sebagai memori… langsung tiada niat apa-apa. Saya cuma nak hargai kenangan bersamanya, pengorbanannya untuk kami.

“Ramai lihat saya kuat, namun ada kalanya rapuh juga. Namun terpaksa kuat. Anak-anak amanah arw4h dan orang sekeliling adalah kekuatan saya. Terima kasih kepada mereka yang beri kata-kata semangat dan mendoakan arw4h,” ujarnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber:MSTAR

Be the first to comment on "[VIDEO] Peng0rbanan suami… rela dirinya dis3ret van demi selamatkan isteri s4rat mengandvng – “Saya bisik nama ‘Yusuff’, terus dia tersed4k keluar d4rah”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*