“Asyik Tol4k Jodoh Nanti Jadi And4rtu Pula” – Elisya Sandha Yakin Tak ‘Off Market’ Kalau Kahwin Muda

Pelakon Elisya Sandha menegaskan tidak menjadi isu off market apabila dia memilih untuk berkahwin pada usia muda.

Elisya, 22, menyifatkan jodoh dan rezeki itu menjadi rahsia Allah dan selagi tidak putus usaha tiada apa yang perlu dikhuatirkan.

“Bagi saya kalau jodoh nak sampai, kenapa kita nak tunggu. Sebab kalau asyik tol4k jodoh jadi and4rtu pula. “Eventually, orang akan tetap cari pasangan hidup dan pasangan saya sampai awal.

Jadi saya tak rasa off market pun,” katanya kepada Gempak. Elisya yang sudah mengikat tali pertunangan dengan anak kepada sutradara terkenal Sheila Rusly, Uzair Haqimy pada Januari lalu difahamkan akan menamatkan zaman bujang mereka pada awal tahun 2022.

Dalam perkembangan sama, baik Elisya mahupun Haqimy, kedua-duanya kini sedang gigih menjalankan bisnes makanan lemang, rendang dan laksa.

“Kami cuba cari cara untuk dapatkan pendapatan, jual lemang dan laksa untuk kumpul duit kahwin. Jadi itulah motif kenapa kami berniaga sepanjang MCO.

“Kami saling bantu sama lain dan alhamdulillah ini mungkin rezeki nak kahwin. Hari-hari order banyak dan kami sangat bersyukur,” ujarnya. Dalam pada itu, Elisya bakal muncul dalam drama bersiri Ratu Ten Pin yang akan mula bersiaran pada 28 Jun nanti.

“Saya memegang watak Norma, watak seorang budak kampung yang minat main boling, biasanya dia bermain buah kelapa baling botol.

“Apabila ke Kuala Lumpur dia teruja apabila dapat bermain boling sebenar. “Saya perlu berlakon seperti pemain kebangsaaan. Tapi realitinya saya baru belajar main boling, kelainan kali ini lebih pada penampilan apabila saya perlu berambut pendek,” katanya.

Selain Elisya, drama Ratu Ten Pin turut menampilkan Fify Azmi, bekas pemain boling kebangsaan Syaidatul Afifah, Nazim Othman, Wani Kayrie, Lisdawati, Datuk Seri Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Dazrin Kamarudin, Akhmal Nazri, Haziq Hero Remaja dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment on "“Asyik Tol4k Jodoh Nanti Jadi And4rtu Pula” – Elisya Sandha Yakin Tak ‘Off Market’ Kalau Kahwin Muda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*