Kongsi Foto ‘Lama’ Percutian Di Pulau Redang, Netizen Persoal Chryseis Tan – “Tak Nampak Macam Throwback”

Anak jutawan dan isteri kepada usahawan SM Faliq Nasimuddin, Chryseis Tan mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi foto dirinya dan anak, Arianna Kyla Tan bercuti di Pulau Redang.

Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis memuat naik momen bersama anaknya di The Taaras Beach & Spa Resort untuk tatapan umum.

Namun apa yang menarik perhatian, wargamaya mempersoalkan foto-foto tersebut adalah perkongsian ‘throwback’ memandangkan saiz badan anaknya yang nampak ‘terkini’.

Malah di ruangan komen, persoalan itu mengundang pelbagai reaksi wargamaya.Ada yang tidak berpuas hati jika percutian tersebut baru sahaja terjadi memandangkan negara kini berada di dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockd0wn).

Namun, ada juga yang mempertahankan tindakan Chryseis lantaran dia bercuti di resort milik bapanya sendiri.

Not surprise dia akan cakap pergi sebab kerja. Dia kan owner hotel situ.. Tapi bawak anak tu,” komen seorang wargamaya.

Aku dah perasaan but she cannot be touch so kau diam dan merentan dekat social media jelah yek,” ujar seorang wargamaya.

So bapak dia owner resort dekat Pulau Redang dan owner Berjaya corp, memang lepas lah nak pegi bercuti. Flight ada sendiri punya, resort bapak punya,” kata seorang wargamaya.

13 Jun pegi Redang pastu claim throwback. Anak dia pun memang besaq tu ja dari dulu kan,” tulis seorang wargamaya.

Selain dari saiz anak, Hermes Kelly picnic bag harga almost 400k tu ada dalam gambar latest dia. And she said it’s her current favorite bag. (Current fave sebab baru beli?) Didn’t look so much like a throwback for me,” jelas seorang wargamaya.

Ada resort sendiri.. apa ada hal hahaha,” komen seorang wargamaya lagi.Sehingga kini, perkongsian foto-foto percutian Chryseis telah menerima hampir 23,000 tanda suka daripada pengikutnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Kongsi Foto ‘Lama’ Percutian Di Pulau Redang, Netizen Persoal Chryseis Tan – “Tak Nampak Macam Throwback”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*