[Video] “Nak balik kampung boleh? ” – Comel! Anak Kecil Minta Izin Balik Kampung Dengan Pol1s, Terlampau Rindu Atok & Nenek

Sedar tak sedar, kita dah berbulan-bulan tak dapat nak keluar merentas negeri disebabkan wab4k Cov1d-19 yang masih berleluasa.

Bagi sesetengah orang, ada yang sudah bertahun berpisah dengan ahli keluarga dan semestinya rindu nak balik ke kampung halaman tu dah makin membuak-buak. Bukan saja orang dewasa, malah kanak-kanak juga turut merasa rindu untuk pulang ke kampung mereka.

Anak minta izin dekat pol1s

Seperti kisah yang vir4l baru-baru ini, apabila seorang kanak-kanak ini bertanya sendiri kepada pihak polis jika dia dapat balik ke kampung.

Cerita yang dikongsi melalui akaun TikTok @Puteri Nur Farahanum ini menunjukkan bahawa anak lelakinya, beranikan diri untuk bertanya kepada anggota pol1s jika dia dapat pulang ke kampung.

Lalu anaknya bertanyakan jika dia dapat rentas negeri untuk pulang ke kampung. Namun anggota pol1s itu dengan tenang menerangkan secara baik yang rentas negeri masih tak dibenarkan. Pol1s berkenaan turut memberitahu, bahawa adik tersebut boleh balik ke kampung jika kebenaran dah diberi nanti.

Menurut Puteri, anaknya itu nak sangat balik ke kampung sebab dah rindu datuk dan nenek dia. Puteri dan suami sebenarnya dah memberitahu kepada anak mereka, yang sekarang masih tak boleh nak balik kampung. Namun anaknya masih tak percaya, kerana ingat ibu bapanya saja men1pu.

Jadinya, mereka ambil inisiatif untuk bawa anak mereka berjumpa dan bertanya sendiri kepada anggota pol1s tersebut supaya dia dapat jawapan yang lebih meyakinkan. Alaa sian awak dik.

Men4ngis dalam kereta

Setelah dapat penjelasan daripada polis tersebut, mereka sekeluarga pun pulang ke rumah.

Walau bagaimanapun ketika dalam perjalanan, anaknya dilihat tak dapat menahan seb4k dan terus menangis teres4k-es4k. Dia merasa sedih sebab polis itu tak bagi dia untuk balik kampung berjumpa datuk dan neneknya.

Sabar ye adik, kita doa sama-sama supaya pand3mik di negara kita ni cepat berakhir. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "[Video] “Nak balik kampung boleh? ” – Comel! Anak Kecil Minta Izin Balik Kampung Dengan Pol1s, Terlampau Rindu Atok & Nenek"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*