Niena Baharun tinggalkan kondo mewah demi mentua, selesa duduk ramai-ramai – “Hidup empat beranak je bosan juga”

PASANGAN yang berkahwin tentunya mengimpikan untuk hidup berdikari tanpa campur tangan keluarga kedua-dua belah pihak.

Namun lain pula situasinya dengan pelakon Datin Niena Baharun yang lebih selesa tinggal bersama mentua sejak selepas dia berkahwin pada 2018.

Cerita Niena atau nama sebenarnya Amaniena Kamarul Baharun, 28, sungguhpun memiliki kediaman sendiri bersama suami, namun hidup bersama mentua lebih menggembirakan.

“Selepas kahwin saya tinggal di rumah mentua, kebetulan masa tu tengah tunggu rumah sendiri selesai proses renovasi.

“Dalam masa sama juga saya pregnant anak pertama. Maka kami pun tinggal la di rumah in law sampai selesai proses bersalin anak pertama pada Oktober 2019.

Perkongsian Niena di Instagram miliknya.

“Tapi sebenarnya rumah kami dengan mentua tak jauh pun, jarak sekitar 5 kilometer je. Tu pun kadang-kadang kami on off balik sana,” ujarnya kepada mStar.

Terdahulu Niena berkongsi pengalamannya tinggal di rumah mentua sehingga kini dia mempunyai dua cahaya mata bagi menjawab pertanyaan peminat di Instagram.

Menurut Niena lagi antara faktor dia terus tinggal bersama mentua adalah bagi menghorm4ti permintaan mereka yang risau tentang perkembangan tumbesaran anak-anaknya.

“So masa anak pertama berumur empat ke lima bulan pada tahun 2019 kami pindah rumah ke sendiri. Nak jadi kan cerita, tiba-tiba Cov1d-19 muncul sekitar awal tahun 202 maka kami ambil keputusan untuk kembali tinggal bersama mentua.

Faham je la apabila duduk rumah kondo ni rasa macam terkurung sikit tambahan pula ada anak yang tengah nak membesar.

NIENA BAHARUN

PELAKON

“Mereka ajak duduk sekali, memudahkan sekiranya ada apa-apa yang berlaku. Sebab masa tu sudah ada ura-ura nak PKP, tak tahu lagi situasi tu macam mana,” katanya.

Tambah Niena tinggal bersama keluarga mentua juga dapat mengelak daripada tekanan.

“Rumah kami jenis kondo manakala rumah mentua adalah landed house. Faham je la apabila duduk rumah bertingkat tinggi ni rasa macam terkurung sikit tambahan pula ada anak yang tengah nak membesar ni.

Niena berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018.

“Rasa kasihan dekat anak-anak sebab tak boleh bebas sangat. Kalau duduk rumah landed sekurang-kurangnya mereka boleh buat macam-macam aktiviti dan kenal dunia luar. Tak ada la sampai stress.

“Apabila dah terbiasa duduk ramai-ramai, kemudian pindah duduk empat beranak je bosan la juga,” katanya.

Niena berkahwin dengan Datuk Aliff Firdaus Abdul Hadi pada 1 Februari 2018 di Masjid Al Sultan Ismail Petra Kota Bahru, Kelantan.

Sehingga kini pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Adiel Mikael, 3, dan Alyssa Marissa, 2.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Niena Baharun tinggalkan kondo mewah demi mentua, selesa duduk ramai-ramai – “Hidup empat beranak je bosan juga”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*