Siti Nurhaliza Sedia Bantu Keluarga Terjejas PKP, PKPD

Penyanyi terkenal negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menerusi Yayasan Nurjiwa dan keluarga CTDK Holdings Sdn Bhd menganjurkan program Bantuan Prihatin 2021 untuk keluarga terjejas yang mempunyai anak berusia enam tahun dan ke bawah.

Siti dalam kenyataan dikeluarkan memberitahu bantuan prihatin itu sebagai inisiatif meringankan beban keluarga memerlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di seluruh Selangor dan Kuala Lumpur pada masa ini.

Selaku pengasas merangkap Presiden CTDK Holdings Sdn Bhd, Siti berkata dia sangat berharap program bantuan berkenaan dapat meringankan kesempit4n hidup dialami keluarga terjejas dan mempunyai anak kecil.

“Bantuan ini memfokuskan kepada penyediaan barangan keperluan kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah, yang boleh dimohon oleh keluarga memerlukan di Selangor dan Kuala Lumpur.

”Kami akan usahakannya secara berperingkat dan menyasarkan kira-kira 1500 keluarga yang terjejas akibat p4ndemik ini dapat dibantu ketika PKP dan PKPD terus dilaksana.

“Justeru, saya berharap agar lebih banyak lagi pihak yang berminat menyertai kami sebagai Rakan Kolaborasi Prihatin untuk program bantuan ini dilakukan lebih menyeluruh,” katanya.

Siti turut berterima kasih dengan beberapa syarikat yang sudi bekerjasama dan menjadi Rakan Kolaborasi Prihatin dengannya untuk menjayakan program bantuan berkenaan.

”Sejak p4ndemik Cvd-19 melanda negara hingga kini, usaha pelbagai pihak menyalurkan bantuan tidak pernah terhenti dan saya terharu dengan sikap prihatin ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

“Hari ini kita terus kuat dan bersatu untuk menjadi sebuah keluarga besar tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan dan sebagainya,” katanya lagi.

Justeru, mereka yang berminat untuk memohon Bantuan Prihatin 2021 berkenaan boleh berbuat demikian menerusi permohonan di aplikasi Google Form.

Keluarga susah dan mempunyai anak berusia enam tahun dan ke bawah layak memohon. Malah, salah seorang dari wakil keluarga sama ada suami atau isteri boleh mendaftarnya.

Sehubungan itu, antara syarikat yang menyertai program bantuan ini ialah Ikhlas.com, Mommyhana Creative Sdn Bhd,  Yayasan Rosni Noor dan L&K Multivision Sdn Bhd.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber: HarianMetro

Be the first to comment on "Siti Nurhaliza Sedia Bantu Keluarga Terjejas PKP, PKPD"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*