Ucapan Birthday Kamal Adli Untuk Uqasha Memang Padu Habis

Pelakon Kamal Adli tidak ketinggalan memberikan ucapan istimewa sempena hari jadi tunangnya iaitu aktres Uqasha Senrose.

Kamal berkongsi perkara itu menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Tiada apa yang diminta Kamal melainkan supaya Uqasha sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi Tuhan.

“Happy birthday to my special girl @uqashasenrose2… Saya tahu bagaimana awak sedih sebab pkpd jatuh birthday awk.

“Maafkan saya jauh pula tahun ini seberang daerah. Apa pun semoga Allah panjangkan umur, murah rezeki, di permudahkan segala urusan termasuk urusan kita.

“Semoga di kurniakan kesihatan berpanjangan, di makbulkan segala doa. You are strong girl, tabah kuat dan cergas (macam iklan susu pula).

“InsyaAllah yang baik-baik je saya doakan untuk awak ya! Still young still banyak lagi untuk di capai. Tak lama lagi dah tak single ok!

“Stay cantik and always cantik pun. Ya Allah kau lindungilah dia dan peliharahlah dia sebaiknya. Amin. I love you so much cik tunang,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya tersentuh dengan ucapan Kamal dan mendoakan pasangan ini bahagia hingga ke jinjang pelamin.

Kamal dan Uqasha telah mengikat tali pertunagan pada April lalu.

Hubungan cinta pasangan ini berputik selepas digandingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019 namun tiada sebarang pengesahan dibuat pada ketika itu.

Sumber : Gempak

Uqasha Senrose, Kamal Adli bertunang

Pereka fesyen, Shanell Harun turut memuat naik entri ketika sesi tatarias di laman sosial. – Foto Instagram/@shanellharun

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon, Uqasha Senrose dan Kamal Adli, selamat melangsungkan pertunangan pada petang Ahad.

Menurut sumber, majlis merisik dijalankan serentak dan berlangsung secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Momen indah itu dikongsi adik Uqasha, Raysha Rizrose di ruangan Insta Story di akaun Instagram miliknya.

Pereka fesyen, Shanell Harun turut memuat naik entri ketika sesi tatarias di laman sosial.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal memaklumkan kepada media mereka berhasrat mengadakan majlis perkahwinan di kawasan tanah tinggi.

Kamal sebelum ini melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP ERA, Disember tahun lalu.

Pasangan itu dikatakan mula rapat selepas terbabit dalam beberapa drama bersiri sejak 2019.

 

Sumber : astroawani

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv 

Sumber :  https://sportdailynews.com/

Be the first to comment on "Ucapan Birthday Kamal Adli Untuk Uqasha Memang Padu Habis"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*