Tvlar wakil rakyat gasak polis, peguam ini tampil mengulas tindakan p0lis letak tangan di belakang badan

Orang kenamaan, selebriti, instafamous serta individu tersohor terutama dari negeri ini diajak membantu kerajaan melawan C0v1d-19 dengan cara menjadi contoh teladan yang baik kepada rakyat

Dalam pada itu, peguam terkenal di media sosial, Nor Zabetha tampil mengulas pelbagai ragam vvip dan orang kayangan yang terus menerus mel4nggar sop sehingga ada yang berani mencabar pihak berkuasa

“Mu4k hendak baca dan ambil tahu”-Peguam

“Tadi sedang fokus kerja tiba-tiba dalam Group Whatsapp office berkongsi video ADUN Ronnie Liu dari Selangor yang tiba di Raub bersama penyokongnya dan kekecohan dengan pegawai polis.

Bab-bab Adun, VVIP, selebriti, geng-geng kayangan ini, saya sudah muak hendak baca dan ambil tahu. Pada saya, parti mana-mana pun, sama sahaja. Politikus.

Sekejap yang seorang buat ‘kenduri’ makan durian ramai-ramai, sekejap seorang pergi hantar untuk sesi persekolahan di Paris, sekejap yang merentas negeri tanpa kebenaran untuk memberi sokongan kepada pekebun durian musang king yang dibawa ke Mahkam4h Raub.

Letih tak baca? Letih kan? Sedangkan kita duduk di rumah menghitung bila nombor kes c0v1d-19 hendak surut sambil menghitung hari mengira beberapa lama lagi dalam rumah. Kita sudah ‘burn out’. Letih. Apa hendak jadi lepas ini?

Letih hendak membaca pelbagai ragam dalam berita-berita atau perkongsian di media sosial. Jadi dalam keletihan itu, saya teringat kata-kata isteri kepada Dato Nazri Aziz dalam Insta Story nya, setelah dikecam hebat oleh Netizen.

Katanya “Kecamlah orang yang powerful, kitakan takde power.. Ada powderpuff je” diletakkan ikon ketawa sehingga ke luar air mata. Luculah bagi orang sepertinya.

Ini barangkali jenaka-jenaka kumpulan kayangan, kita tidak rasa lucu tetapi pada dia lucu kerana kita tiada perasaan hendak ketawa membaca jenaka-jenaka kejam yang membezakan taraf kehidupan manusia.

Iyalah. Segelintir kami ini, bukan sahaja tiada power, powderpuff pun tidak. Benarlah katanya, kita ini mampu kec4m sahaja dan gambarannya seolah-olah orang berkuasa ini dijentik pun tidak mungkin.

Dalam ratusan komen dalam pelbagai blog atau web yang melaporkan tentang isu ini, saya terbaca satu komen dan saya suka komen ini “Kat padang rengas ko bleh la menang. Ko tnggu padang masyar nnti”.

Benar. m4ti itu pasti dan setiap perbuatan di dunia ini akan dihitung, jadi tidak boleh galak dan seronok sangat dengan segala nikmat yang diberikan sehingga lupa persediaan di sana nanti. Di sana nanti, tidak kisahlah ke Paris, ke bulan atau negara kayangan lain, itu semua tidak relevan lagi.

Adun Gasak P0lis

Dalam video antara pihak polis dengan ADUN ini, walaupun digasak dengan perkataan-perkataan oleh penyokongnya “Ini cara urus negara ya?!” “Jangan malukan negara! Jangan malukan polis!

Ini bukan Malaysia, jangan malukan negara”.

Saya pula yang rasa tercabar mendengar jeritan dan pekikan begitu. Tang mana tak tau yang malunya? Menjalankan tugas? Apa yang memalukan?

Polis itu meletakkan tangan di belakang badannya. Ke sana sini dia bergerak sambil tangan masih di belakang.

Tindakan yang bagus supaya tidak ada dakwaan kononnya dia mengasari dalam apa cara sekali pun sebab dalam undang-undang, meng4sari dan cubaan mengas4ri boleh menyebabkan laporan dibuat.

Andaikan situasinya apabila penyokong atau ADUN cuba rapat dan pegawai polis, menolak menahan atau menampan dengan tangan. Nanti timbul pula isu, disentuh dan cuba dikasari. Macam-macamlah dakwa4n nanti.

Malahan dalam undang-undang tort yang boleh kita menuntut secara sivil juga adalah perbuatan ‘Assault’ dan ‘Battery’.

Misalnya, kita bertengk4r dengan orang dan kita marah. Kita hendak gertak dan menakutkannya, kita ambil sebatang kayu dan kita hayun angin konon-konon kita acah hendak memukulnya tetapi tidak kena dan dia terlalu takut. Ini ‘Assault’. Tidak menyerang tetapi perbuatan menakut-nakutkan itu juga salah.

Tindakan Terbaik P0lis Bila Letak Tangan Di Belakang

Manakala battery apabila kita balun betul-betul dan kedua-duanya ini boleh dituntut di mahkamah. Jadi saya kira, perbuatan polis yang meletak tangan di belakang tubuhnya sewaktu konfrontasi antara ADUN dan penyokongnya adalah terbaik.

Supaya tidak timbul isu tuduh4n cubaan mengas4ri atau tindakan mengas4ri. Malahan memberi tanda, dia lansung tidak mahu menggunakan dan jika siapa yang memegang atau menolaknya dahulu, maka mereka yang memulakan dan dia ada hak untuk mempertahankan dirinya.

Dengan tegas pihak polis itu menjalankan tanggungjawabnya kerana YB Ronnie Liu yang dikatakan gagal menunjukan sebarang dokumen perjalanan merentas negeri.

Tiba-tiba dalam video tersebut, pegawai polis yang sama kelihatan sibvk dengan telefonnya seolah-olah sedang berhubung dengan seseorang.

Kemudian polis itu menghampiri kereta ADUN dan katanya “Mari saya terangkan ambil gambar video”. Elok kadang-kadang orang suka ambil video untuk kepentingan sendiri, mereka edit dan mereka sebarkan bahagian yang mereka ingin kita tonton sahaja.

Pegawai polis terangkan bahawa SOP mengatakan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan dibenarkan merentas Negeri atau Daerah untuk melawat kawasan masing-masing. Dalam pada itu, ada suara “Tak..tak. Saya tak payah dengar”. Entah suara siapa yang tidak perlu dengar SOP. Untunglah jadi powerful, tidak perlu dengar SOP.

Kemudian, polis itu menerangkan lagi bahawa YB Ronnie Liu berdegil untuk menunjukkan dokumen rentas negeri dan atas budibicara Ahli Parlimen Raub supaya tidak mengambil tindakan terhadap YB Ronnie Liu. Ini adalah atas arahan pucuk pimpinan. Saya kongsikan link di ruang komen.

Begitulah situasinya, seperti saya kata, bukan sahaja kita tidak powerful, powderpuff pun tidak. Kadangkala polis pun menjalankan tugas, tiba-tiba diarahkan atas budi bicara pula.

Apabila sampai ke rakyat marhaen, selalu ‘budibicara’ itu seperti kata-kata sakti yang kalau kita dapat budibicara itu, bertuahlah wahai sang badan!

Kadangkala kita yang tidak powerful mahupun powderpuff ini, diisukan kompaun terus RM50,000, RM10,000. Diisukan komp4un RM1,500 pun dikira paling baik walaupun kadangkala sehingga pecah tabung hendak membayar.

Sewaktu membaca isu ini teringat saya dengan filem Musang Berjanggut yang ditulis dan diarahkan oleh P. Ramlee, babak perbualan antara Puspa Wangi dan Datuk Nikah Kahwin:

Puspa Wangi: Salah atau tidak jikalau seorang lelaki, masuk di rumah seorang perempuan, semasa suaminya tak ada di rumah?

Datuk Nikah Kahwin: Hoi, itu salah besar. Salah besar.

Puspa Wangi: Kalau begitu, kanda ni kan salahlah.

Datuk Nikah Kahwin: Eh salah jugaklah. Tapi itu tak jadi apa, sebab… undang-undang dalam ini negeri kanda yang bikin. Itu semua boleh padam (ketawa).

Haha! Tepat!

Oleh Nor Zabetha

Golongan ‘kayangan’ patut jadi teladan, bukan bangga l4nggar SOP

Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berkata, teladan baik itu termasuklah patuh pada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Kerja-kerja mengajak ke arah kebaikan ini sudah dinyatakan dalam al-Quran. Marilah menjadi pendokong usaha kerajaan dan menjadi contoh kepada masyarakat bagi memutuskan rantaian pend3mik ini.

“Patuhilah SOP dan janganlah kita berbangga jika melanggarnya. Insya-Allah orang ramai akan turut serta menyokong agenda ini,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Sejak kebelakangan ini, tindakan orang kenamaan, selebriti, instafamous serta individu berpengaruh berasal dari negeri ini yang did4kwa mel4nggar SOP semakin kerap dided4hkan di media sosial.

Tindakan mereka yang turut digelar ‘golongan kayangan’ itu dikhuatiri menjadi contoh tidak baik kepada rakyat untuk turut mel4nggar SOP sehingga jangkit4n c0v1d-19 terus melonjak tinggi di seluruh negara.

Mengulas lanjut, Dr. Izani berkata, jangkit4n c0v1d-19 di Kelantan bakal mencecah 800 kes sehari jika rakyat terus gagal menjiwai pematuhan SOP, selain menolak untuk menerima suntik4n v4ksin.

Katanya, ‘kegagalan’ itu merangkumi segenap peringkat bermula dari rakyat, peniaga sehingga kariah masjid apabila menunjukkan sikap ambil mudah dalam perkara tersebut.

“Sebagai contoh di Kampung Pauh Lima. Mufti Kelantan beri penerangan kenapa penggunaan masjid dihadkan, namun tidak diendahkan dan akhirnya satu kampung positif c0v1d-19. Begitu juga di kawasan Kepulauan Tumpat,” katanya.

Beliau mewakili Kerajaan Kelantan turut menzahirkan rasa kec3wa terhadap kira-kira 10,000 rakyat negeri ini yang dilaporkan gagal hadir temujanji suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi c0v1d-19 Kebangsaan (PICK) fasa kedua.

“Antara alasan yang diberikan ialah mahu tukar tarikh, demam, perkahwinan dan sebagainya yang hanya menyebabkan berlakunya pembaziran dos v4ksin tersebut.

“Perkara ini amat mendukacitakan terutamanya pihak Jabatan Kesihatan negeri yang berusaha sedaya-upaya menguruskan proses v4ksinasi sebaik mungkin,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Era Tv

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Tvlar wakil rakyat gasak polis, peguam ini tampil mengulas tindakan p0lis letak tangan di belakang badan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*